Page 19 - SK IPGM PERLIS MANUAL PENGURUSAN
P. 19

SK IPGM PERLIS                                  MANUAL PENGURUSAN              2021



               2008. Pada tarikh yang sama juga ditempatkan seorang Penolong Kanan Pentadbiran

               (Puan Che Rahmah binti Ismail) dan Penolong Kanan HEM (Encik Zamhari bin Johar).

               Penempatan  Penolong  Kanan  Kokurikulum  (Puan  Hjh.  Hasnah  binti  Daim)  telah
               dibuat pada Februari 2008.


                          Hanya 4 orang tenaga pengajar ditempatkan ketika itu untuk mengendalikan

               bilangan  murid  seramai  71  orang  iaitu  Tahun  1  seramai  28  orang  dan  Tahun  2

               seramai  43 orang.  Ketika ini Pra Sekolah Seri Cempaka masih di bawah pengurusan
               IPG Kampus Perlis dengan jumlah murid seramai 25 orang yang terdiri daripada anak

               kakitangan IPG dan murid sekitar IPG Kampus Perlis.

                      Mulai tahun 2009 peluasan kelas telah di buka kepada Tahun 1 hingga Tahun 3

               berjumlah 6 bilik darjah. Bilangan guru juga turut ditambah kepada 14 orang termasuk
               pengurusan.  Jumlah  murid  kian  bertambah  dari  masa  ke  semasa  apabila  promosi

               pendaftaran ke sekolah ini dibuka kepada pendudukan sekitar dengan mengambil kira

               setiap kelas tidak melebihi 30 orang murid. Jadual sekolah  yang kompetitif secara
               pakej  dengan  melibatkan  kelas  KAFA  di  waktu  petang  juga  memainkan  peranan

               penting  membuatkan  ramai  kalangan  ibu  bapa  yang  bekerja  berminat  untuk
               menghantar anak mereka ke sekolah ini oleh kerana kelas berakhir jam 4.00 petang.


                        Pada  Tahun  2010  perluasan  kelas  Pra  Sekolah  telah  dilakukan  dengan
               meletakkan  pengurusannya  di  bawah  pengurusan  Jabatan  Pelajaran  Negeri  dan

               dibuka  kepada  2  bilik  darjah  dengan  menumpang  di  bangunan  Pra  Sekolah  Seri
               Cempaka. Pendaftaran murid Tahun 5 juga telah dibuka .Kini dengan bilangan guru

               seramai  25  orang  dan  staf  sokongan  seramai  5  orang  sekolah  ini  telah  berjaya
               mengorak langkah sebagai sebuah sekolah rendah harapan yang bakal cemerlang

               menjelang 2015 dengan anggaran murid dijangkakan seramai 350 orang.


                        Pihak pengurusan sekolah telah mendapat kebenaran berpindah ke bangunan

               baru pada 8 November 2010. Kerja-kerja gotong royong telah dilakukan bersama staf
               sekolah,  murid  dan  waris  pelajar  untuk  memindahkan  peralatan  dan  perabot  di

               bangunan lama ke bangunan baru.





                                                           19
   14   15   16   17   18   19   20   21   22   23   24