Page 23 - PEMANTAPAN KESEPADUAN NASIONAL MALAYSIA
P. 23
' Akhir kata kami berbesar hati, untuk membentuk sebuah
kesimpulan bagi mengambarkan penyatupaduan etnik di
Malaysia seperti "Kisah Nasi Lemak". Cuba kita letak beberapa
bungkus di atas meja. Kemudian kita akan lihat hasilnya dimana
semua kaum akan duduk semela yang sama sambil menikmati
nasi lemak yang terhidang. Walaupun mereka berlainan agama,
pahaman, pemikiran, latar belakang ker!aya, usia mahupun
politik, namun tiada siapa yang menafikan budaya "memakan
nasi lemak" mampu menjadi kuasa integrasi antara kaum. Apa
tidaknya, dimeja itulah mereka gelak ketawa, berbual,
berbincang dan paling penting nasi lemak itu menjadikuasa
penyatuan rakyat. Ini adalah antara ungkapan yang disampaikan
oleh masyarakat dan pembeli nasi lemak sehinggakan mereka
tidak boleh hidup tanpa menikmati makanan nasi lemak yang
terhidang.Hal ini, merupakan sesuatu yang begitu unik dan sukar
difahami malah juga diterangkan. Begitu juga sebaliknya apabila
makanan menjadi kegemaran masyarakat dan semakin diterima
oleh etnik yang lain seperti roti canai, kuih bulan dan dodol. Ini
!elas menunjukan sikap keterbukaan kita untuk menerima
keunikan masing-masing. Jadi kami berangggapan makanan
sudah menjadi identiti masyarakat di Malaysia dan kami berasa
sangat selesa untuk menikmati bersama rakan-rakan yang lain.
Inilah Malaysia, sebuah negara yang mempunyai pelbagai etnik
tetapi bagaimana kita boleh menghidupkan suasana yang aman
damai yang mana tidak terdapat di negara lain, Kesyukuran
setiap rakyat diluahkan melaui perkongsian budaya tetapi
menghormati agama masing-masing. Begitu juga dengan
makanan, kaum yang berbilang bangsa mengambil tahu tentang
apa makanan yang boleh dimakan atau yang tidak boleh dimakan
oleh masyarakat yang mempunyai perintah keagamaan masing-
masing. Unik bukan? Bukan sekadar kesedapan makanan itu yang
dinikmati tetapi di sebalik penerimaan itu, mewujudkan
keharmonian dalam masyarakat pelbagai kaum dan etnik yang
menjadi keunikan Malaysia hingga dicemburui banyak negara di
dunia.

