Page 27 - e-magazine Alpha
P. 27
•
Sesebuah Negeri Bahasa mempunyai beberapa dialek atau loghat berdarkan
perbezaan dari segi penggunaan melahirkan dialek geografi manakala perbezaan dari
segi penggunaan melahirkan laras bahasa. Malaysia misalnya, mempunyai
beberapa jenis dialek berdasarkan perbezaan daerah, contohnya dialek
kedah,kelantan, negeri sembilan dan terengganu. Perbezaan yang wujud antara
dialek-dialek, ini adalah dari sebutan, kosa kata, nahu, ungkapan umum dan
peribahasa.
Walaupun bagaimanapun, kedua-duanya akan menujukkan perbezaan dari segi
pemilihan kata, pola kata, penggunaan imbuhan dan sebagainya. Tetapi pada
hakikatnya mereka masih menggunakan bahasa yang sama, iaitu Bahasa Melayu.
Neka bahasa merujukan kepada pelbagai penggunaan Bahasa menurut konteks,
seperti Bahasa Formal, Bahasa Tidak Formal, Bahasa Halus, Bahasa istana dan
lain-lain lagi. Setiap neka ata ragam bahasa digunakan bagi sesuatu konteks tertentu
dan kemampuan seorang penutue memilih sesuatu ragam yang sesuai dengan
keperluannya akan menimbulkan kesan yang dikehendaki.
26

