Page 7 - MODUL SEJARAH KERTAS 2 ZAMRUD
P. 7

TEKNIK MEMAHAMI KATA TUGAS DAN CARA MENULIS JAWAPAN BERDASARKAN KATA TUGAS


              BIL     KATA TUGAS       KATA KUNCI JAWAPAN                    CARA MENJAWAB
               1   • Berikan          • ialah                 • Jawapan perlu dihuraikan
                   • Jelaskan         • iaitu

                   • Apakah
                   • Terangkan
                   • Huraikan
                   • Sejauh manakah
               2    • Mengapakah      • kerana                • Perlu ada sebab
                                      • untuk

               3   • Bagaimanakah     • dengan cara           • Perlu ada tindakan atau cara
                                      • melalui
                                      • untuk

               4   • Nyatakan         • ialah                 • Jawapan tidak memerlukan huraian
                   • Senaraikan       • iaitu

               5   • Adakah           • Penegasan sama ada    • Pelajar perlu menilai sama ada bersetuju atau tidak
                   • Wajarkah            (i)   Ya / Tidak       bersetuju
                                         (ii)  Wajar / Tidak wajar


            Contoh Penulisan:
            1.  Jelaskan asas-asas penggubalan dasar luar Malaysia?
                 Asas-asas penggubalan dasar luar Malaysia ialah faktor Sejarah.

            2.  Mengapakah tamadun awal berlaku di lembah sungai utama?
                 Tamadun awal berlaku di lembah sungai utama kerana membekalkan sumber
                 makanan dan minuman

            3.  Bagaimanakah  Rasulullah  SAW  berusaha  untuk  menghapuskan  amalan tersebut? Rasulullah SAW berusaha
               menghapuskan amalan tersebut dengan cara berdakwah mengajak mereka beriman kepada Allah.

            4.   Pada pendapat anda, adakah penggunaan emas dalam perbelanjaan seharian
                  sesuai  untuk menggantikan mata wang pada masa kini?
               Tidak,  ini kerana sukar untuk  menentukan ketulenannya.  Selain itu, sukar di bawa  kerana saiz dan beratnya akan
               menentukan nilainya















                                                            4
   2   3   4   5   6   7   8   9   10   11   12