Page 12 - sinopsis bab tawanan komander caucasus 2
P. 12
SINOPSIS KESELURUHAN NOVEL
Kim Yong telah hilang ketika mencari kumbang dan
kehilangannya menjadi misteri kerana tiada wang
tebusan dituntut setelah kehilangannya. Pelbagai
andaian timbul ekoran kehilangannya itu. Farhani, dan
kawan-kawannya yang bernama Mira, Chea Mei,
Haikal, Devnath dan Wei menziarahi keluarga Kim Yong
sebagai tanda simpati kepada mereka. Di sekolah,
Cikgu Salimah telah memberi tugasan untuk mencari
spesies serangga untuk zoo mini serangga sekolah.
Farhani, Mira dan Chea Mei merancang mencarinya di
pinggir hutan. Disebabkan kawan-kawannya belum
tiba, dia mencarinya dahulu. Farhani terjumpa rumah
kayu usang yang terletak di bawah pohon jejawi. Dia
masuk ke dalam rumah itu lalu ternampak satu lembaga
besar sedang merenungnya.
Lembaga hitam yang merenung Farhani ialah seekor
kumbang. Tidak lama kemudian Mira dan Chea Mei
tiba. Setelah menunggu selama dua jam, mereka pergi
ke rumah Farhani. Ibu bapa Farhani terkejut dengan
kehilangan Farhani. Cikgu Salimah dan kawan-kawan
Farhani pergi ke rumah usang itu untuk mencarinya
tetapi tidak berjaya.
Farhani telah ditawan dan semasa dalam tawanan
itu dia telah berjumpa dengan Kim yong. Mereka
berdua nyaris dijadikan bahan uji kaji saintis kumbang di
bawah pemerintahan Maharaja Tanduk. Tidak lama
kemudian takhta Maharaja Tanduk telah dirampas oleh
Komander Caucasus yang dipercayai oleh baginda.
Puteri Coleoptera, waris yang sepatutnya menaiki takhta

