Page 13 - sinopsis bab tawanan komander caucasus 2
P. 13

telah  disingkirkan.  Bara,  dari  spesies  kunang-kunang

              masih setia dengan Puteri Coleoptera dan dia berusaha

              membantu puteri itu. Dia memerlukan bantuan manusia
              untuk  menewaskan  Komander  Caucasus.  Bara  telah

              berjaya  membebaskan  Farhani  dan  Kim  Yong  dari

              tabung uji.

                   Sementara  itu,  Haikal  yang  telah  menemui  sapu
              tangan  Farhani  telah  berpakat  dengan  Devnath  dan

              Wei  untuk  mencarinya.  Waktu  malam  mereka  kembali

              ke  rumah  usang  itu.  Malangnya,  mereka  telah

              ditangkap oleh Bara dan bertemu dengan Farhani dan

              Kim Yong.
                   Dara Bintik berpura-pura membantu Bara tetapi telah

              membocorkan  rahsia  kedudukan  mereka  kepada

              Komander                Caucasus.               Tentera            Caucasus               telah
              menyerang  dan  berjaya  menawan  mereka  tetapi

              Farhani  dan  Kim  Yong  berjaya  menyelamatkan  diri.

              Bara,  Puteri  Coleoptera,  Haikal  dan  kawan-kawannya

              dibawa mengadap Raja Caucasus. Dia menjadi marah

              kerana Farhani dan Kim Yong terlepas.
                 Dara Merah, sepupu Dara Bintik telah bertemu dengan

              Farhani dan Kim Yong. Mereka bergabung tenaga untuk

              menewaskan Komander Caucasus. Farhani memberikan

              racun  serangga  bernama  Endosulfan  kepada  Dara
              Merah.  Komander  Caucasus  telah  berjaya  diracun

              dengan  tipu  helah  Dara  Merah.  Dia  juga    berjaya

              menewaskan  tentera  kumbang  di  bawah  pimpinan

              Dara  Bintik  dengan  racun  itu.  Akhirnya,  Farhani  dan
              kawan-kawannya berjaya kembali ke dunia manusia.
   8   9   10   11   12   13