Page 6 - MATEMATIK (JILID 1) TAHUN 3
P. 6

PENDAHULUAN


                     Pakej buku teks Matematik Tahun 3 ditulis berdasarkan Kurikulum Standard Sekolah
                     Rendah (KSSR) Tahun 3, sejajar dengan Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran
                     (Semakan 2017) yang dilaksanakan mulai tahun 2019. Penulisan pakej buku teks
                     ini  disesuaikan  dengan  keperluan  murid  untuk  memahami  kemahiran  matematik
                     mengikut pemeringkatan daripada aras yang paling mudah sehingga abstrak. Pakej
                     buku teks ini diterbitkan untuk melahirkan murid yang berupaya mengaplikasikan
                     pengetahuan dan kemahiran matematik secara berkesan dan bertanggungjawab
                     dalam kehidupan seharian.

                          Pakej buku teks ini mengandungi tiga komponen, iaitu Buku Teks Jilid 1, Buku Teks
                     Jilid 2 dan Buku Aktiviti. Tajuk-tajuk yang terkandung dalam Buku Teks adalah seperti
                     yang berikut:
                                                                 Buku Teks Jilid 2
                                            Buku Teks Jilid 1
                                             • Nombor            • Wang
                                                hingga 10 000    • Masa dan Waktu
                                             • Tambah, Tolak     • Panjang, Jisim
                                                Darab dan           dan Isi Padu Cecair
                                                Bahagi           • Bentuk
                                             • Pecahan,          • Kedudukan
                                               Perpuluhan        • Data
                                               dan Peratus
                     Semua tajuk tersebut juga terkandung dalam Buku Aktiviti.

                          Buku Teks berfokus kepada matlamat pembelajaran matematik tentang konsep
                     dan kemahiran matematik. Persembahan Buku Teks diolah dengan memasukkan
                     soalan penaakulan yang berkaitan supaya murid berkomunikasi serta menggalakkan
                     murid berfikir secara kritis dan kreatif. Setiap pembelajaran dikukuhkan dengan
                                              ”
                     latihan formatif dalam  Cuba Ini” sama ada secara lisan atau bertulis serta aktiviti
                     lanjutan yang dicadangkan dalam nota guru. Elemen didik hibur dalam pembelajaran
                                             ”
                     turut  diselitkan dalam  Projek Ria” dan   Relaks Minda” bagi mewujudkan suasana
                                                               ”
                     pembelajaran yang aktif dan menyeronokkan. Beberapa soalan Kemahiran Berfikir
                     Aras Tinggi (KBAT) disediakan dalam  Cabar Minda” bagi mencungkil minda murid
                                                             ”
                     untuk berfikir secara kreatif. Aktiviti pembelajaran melalui video dan audio serta soalan
                     tambahan juga dimuatkan dalam QR Code. Bagi mengaksesnya, guru perlu memuat
                     turun aplikasi QR Code & Barcode Scanner di Play Store. Selain itu, elemen nilai murni
                     turut diterapkan secara tidak langsung melalui aktiviti pembelajaran dan gambar.
                          Buku Aktiviti menyediakan aktiviti pengukuhan, pemulihan dan pengayaan untuk
                     mengukuhkan dan memantapkan pemahaman murid tentang kemahiran yang telah
                     dipelajari dalam Buku Teks. Guru digalakkan untuk menyediakan aktiviti dan latihan
                     tambahan yang sesuai mengikut keperluan dan tahap keupayaan murid.

                          Pakej buku teks ini diharapkan dapat memberikan pembelajaran yang bermakna,
                     menyeronokkan dan menarik minat murid terhadap matematik. Guru boleh merujuk
                     penerangan dalam paparan yang berikut untuk mengetahui dan memahami cara
                                                                                                   Saiz sebenar
                     menggunakan pakej buku teks ini.

                                                                                                          v
   1   2   3   4   5   6   7   8   9   10   11