Page 39 - BM (JILID 2) TAHUN 3
P. 39

Menulis

                                           Hari Tanpa Kenderaan


                                                       MAKLUMAN
                                          LALUAN DITUTUP UNTUK KENDERAAN BERMOTOR
                                       DARI 7:00 PAGI - 10:00 PAGI PADA SETIAP HARI SABTU MINGGU KE-2
                                               MELIBATKAN JALAN YANG BERIKUT:
                                  •  JALAN AYER MOLEK          •  JALAN DATO’ ONN
                                  •  JALAN IBRAHIM             •  JALAN  DATO DALAM
                                  •  JALAN DHOBY               •  JALAN KHALID ABDULLAH
                                         SEMPENA PENGANJURAN PROGRAM JOHOR BAHRU
                                     HARI TANPA KENDERAAN










                    JOHOR BAHRU, 25 Jun - Majlis Bandar Raya Johor Bahru (MBJB)
                    telah menganjurkan program Hari Tanpa Kenderaan di bandar

                    raya tersebut.
                        Program tersebut adalah antara cara terbaik untuk mendidik
                    orang  ramai  agar  bersama-sama  mengurangkan  pencemaran
                    alam sekitar. Selain itu, orang ramai juga perlu sedar akan
                    kepentingan penjagaan alam sekitar.
                        Orang ramai turut digalakkan berjalan kaki atau berbasikal

                    pada hari tersebut.



                  1.  Berapa lamakah tempoh program tersebut dijalankan?
 (Sumber: Suruhanjaya Tenaga Malaysia)
                  2. Mengapakah beberapa batang jalan raya ditutup pada
                    hari tersebut?
                  3. Mengapakah program tersebut dilaksanakan?

                  4. Bagaimanakah caranya untuk menyokong program itu?
                  5. Jika kamu berpeluang untuk menyertai aktiviti ini, adakah
                    kamu akan menyertainya? Berikan alasan kamu.

                         Aktiviti

                  Menulis jawapan pemahaman berdasarkan soalan bercapah.

                Nota     •  Bimbing murid menyampaikan maklumat berdasarkan gambar.
                Guru     •  Bimbing murid berbincang dalam kumpulan untuk menjawab soalan.       BA2:     35
                 3.2.2   KB – Menganalisis                    Kontekstual – Menghubung kait     40 & 41
                         EMK: Kelestarian alam sekitar
                  (ii)
   34   35   36   37   38   39   40   41   42   43   44