Page 42 - BM (JILID 2) TAHUN 3
P. 42

Kata Kerja Aktif Transitif dan Kata Kerja Aktif
                       Tak Transitif

                                    Semburan Kabut Mesra Alam


                Tuan-tuan dan puan-puan, semburan kabut
                untuk membasmi nyamuk aedes akan kami
                lakukan di kawasan perumahan ini.
                    Usahlah bimbang tentang keselamatan
                bahan yang digunakan. Kami menggunakan
                bahan semburan yang diperbuat daripada
                minyak masak terpakai. Minyak tersebut telah                           berucap
                kami proses dengan kaedah bioteknologi.
                    Selain itu, bahan semburan tersebut tidak
                mempunyai kesan sampingan terhadap
                alam  sekitar.  Pencemaran  udara  dapat
                dikurangkan kerana semburan kabut tidak
                mengeluarkan bau busuk. Kesannya, alam
                sekitar menjadi bersih.
                    Para penghuni diminta keluar dari rumah                         menyembur
                ketika penyemburan dijalankan. Pastikan
                tingkap dan pintu rumah tidak bertutup. Tuan
                puan hanya dibenarkan berdiri di luar rumah
                sehingga keadaan beransur pulih.

                                           (Sumber: Majlis Perbandaran Sepang)

                            Info Bahasa
                   Kata kerja aktif transitif ialah kata kerja yang
                   memerlukan objek sebagai penyambut.                                membuka
                   Contoh: menyembur kabut, memegang mikrofon
                   Kata kerja aktif tak transitif ialah kata kerja yang tidak
                   memerlukan objek sebagai penyambut.
                   (a) Kata kerja aktif tak transitif tanpa pelengkap:
                      Contoh: Petugas itu baru tiba.
                   (b) Kata kerja aktif tak transitif berpelengkap:
                      Contoh: Keadaannya beransur pulih.

                        Aktiviti

                Membina ayat menggunakan                                             berkumpul
                kata kerja aktif transitif dan kata kerja aktif tak transitif.

                    Nota    •  Bimbing murid mengenal pasti kata kerja aktif transitif dan kata kerja aktif tak transitif.
             38     Guru    KB – Menganalisis                    BCB – Bacaan intensif               BA2:
                     5.1.2  EMK: Nilai Murni – Semangat bermasyarakat                               44 & 45
                      (i)
   37   38   39   40   41   42   43   44   45   46   47