Page 49 - BM (JILID 2) TAHUN 3
P. 49

Membaca

                                               Perkongsian Bijak

                  Hanif dan bapanya, Encik Salim, menziarahi
                  rakannya, iaitu Encik Azman.


                  Encik Azman ialah usahawan
                  tanaman cili padi. Beliau telah
                  mengusahakan tanaman
                  tersebut selama sepuluh tahun.
                  Kini, beliau mempunyai
                  200,000 batang pokok cili padi.

                    Kejayaan Encik Azman ini
                  menjadikan beliau pembekal
                  cili padi utama di selatan
                  Semenanjung Malaysia. Beliau
                                                                                                    LAZAT
                  amat mementingkan kualiti hasil                                                   LAZAT
                  tanaman. Oleh itu, permintaan cili padi beliau
                  amat tinggi.

                    Selain itu, Encik Azman juga pengeluar sos cili padi.
                  Beliau mendapat bekalan botol daripada abangnya.
                  Abangnya mempunyai kilang pembuatan botol
 LADANG JAGUNG
 PAK KASSIM       di Muar, Johor.                                                                  LAZAT
                                                                                                   LAZAT
                    Usaha sama ini telah meningkatkan pendapatan
                  Encik Azman. Beliau mendapat harga murah untuk kos                              Sos Cili Padi
                  botol sos. Harapan Encik Azman ialah beliau dapat
                  meluaskan tanaman cili padinya agar penghasilan sos
                  cili padi dapat ditingkatkan.

 HUSNI
                  Perenggan 1

                  Idea Utama                              Idea Sampingan


                  usahawan tanaman cili padi              200,000 batang pokok cili padi

                         Aktiviti

                  Menyatakan idea utama dan idea sampingan berdasarkan teks.

                Nota     •  Bimbing murid mengenal pasti idea utama dan idea sampingan.
                Guru     KB – Mengecam                       BCB – Bacaan intensif               BA2:     45
                 2.2.1   EMK: Nilai Murni – Keusahawanan                                        48 & 49
                  (ii)
   44   45   46   47   48   49   50   51   52   53   54