Page 45 - BM (JILID 2) TAHUN 3
P. 45

Penilaian

                  (a) Secara berpasangan, berbual tentang cara pembuatan bebola lumpur.
                     Kemudian, persembahkannya.

                                   Bebola Lumpur Bersihkan Sumber Air

                  Sekam padi                                                         Buang bebola
                  dicampurkan                                                        lumpur ke
                  dengan                                                             dalam sungai
                  Mikroorganisma                                                     yang tercemar.
                  Efektif (EM) dan
                  tanah merah.
                                         Buat bebola         Peram selama           Untuk membuat
                  (Sumber: Jabatan Alam Sekitar,   lumpur.   seminggu untuk         bebola lumpur,
                  Negeri Johor)
                                                             proses penapaian. mula-mula, ___


                  (b) Baca petikan dan cari maksud kosa kata.

                  Hanif telah menyertai aktiviti yang dianjurkan oleh Rakan Alam Sekitar
                  (RAS) di sekolahnya. Hanif berpeluang untuk mempelajari cara-cara
                  membuat bebola  lumpur yang  mengandungi Mikroorganisma
                  Efektif (EM).
                      Bebola lumpur boleh  merawat  air  yang  tercemar.  Bebola
                  tersebut tidak  berbahaya kepada hidupan  akuatik. Bebola lumpur
                  dimasukkan ke dalam air yang tercemar. Air yang berlumpur dan berbau
                  menjadi jernih serta bersih. Keadaan ini menjadikan hidupan akuatik
                  lebih berkualiti.

                  (c) Jawab soalan pemahaman.

                  1. Di manakah Hanif mempelajari cara-cara membuat bebola lumpur?
                  2. Apakah kegunaan bebola lumpur?
                  3. Nyatakan kesan kepada ikan di dalam tasik yang dimasukkan
                    bebola lumpur.


                  (d) Senaraikan kata kerja aktif transitif, kata kerja aktif tak transitif dan
                    kata kerja pasif yang terdapat dalam teks.


                   kata kerja aktif transitif     kata kerja aktif tak transitif     kata kerja pasif
                        ____________                     ____________                ____________
                        ____________                     ____________                ____________

                   1.2.3, 2.2.1 (i),                                                                      41
                3.2.2 (ii), 5.1.2 (i), (ii)
   40   41   42   43   44   45   46   47   48   49   50