Page 36 - PENDIDIKAN JASMANI & PENDIDIKAN KESIHATAN TAHUN 3
P. 36

Siapa Pantas




           Hana sedang belajar kemahiran membaling dan menangkap
           bola dalam permainan kategori pukul dan memadang.








                    Lepaskan bola semasa
                    siku tangan hampir lurus.


           Pastikan kamu
           menangkap bola
           dengan kedua-dua
           belah tangan.                                                                     5 meter












                                                                             Kamu mesti
                                                                             membaling tepat
                                                                             ke sasaran.








                                                              Berhati-hati ketika membaling
                                                              bola agar tidak mengenai
                                                              rakan yang memadang.


                    Nota Guru
                  1. Cara bermain:
                   • Bahagikan murid kepada kumpulan kecil. Tentukan pembaling dan penangkap bola.
                   • Pastikan semua murid menguasai kemahiran membaling bola atas bahu dan menangkap
                     pada pelbagai aras.
                   • Setiap kumpulan diberikan 10 biji bola plastik.
                   • Murid dikehendaki membuat balingan atas bahu ke arah rakan yang berada bertentangan
                     pada jarak lima meter.
                   • Bola plastik yang dibaling hendaklah ditangkap tanpa jatuh dan dimasukkan ke dalam bakul.
                     Jika gagal, balingan hendaklah dilakukan semula.
                   • Kumpulan yang dapat mengisi semua bola plastik yang dibaling ke dalam bakul ialah
       28            pemenang.                                                                                                                                                                                   29
                   • Tukar peranan antara pembaling dengan penangkap.  1.7.1, 1.7.2, 2.7.1, 2.7.2, 5.1.2
   31   32   33   34   35   36   37   38   39   40   41