Page 12 - HAIWAN AJAIB DAN TEMPAT DITEMUI: BUKU SKRIP
P. 12
25 October 2019 11:34 AM
HAIWAN AJAIB DAN
TEMPAT DITEMUI
LANGDON
… dan inilah bilik berita.
LANGDON berpusing ke sekeliling dengan perasaan teruja, tidak sabar-
sabar hendak menunjukkan kepada para Salem Kedua itu bahawa dia
berkuasa di situ.
BUKU SKRIP - HAIWAN AJAIB DAN TEMPAT DITEMUI
LANGDON
Marilah!
LANGDON bergerak di sekitar pejabat itu dan berbual-bual dengan
beberapa orang pekerja.
LANGDON
Hai, apa khabar? Beri laluan kepada
keluarga Barebone! Mereka semua
ini sedang menyediakan berita
untuk dicetak.
Para wartawan melontarkan pandangan geli hati yang diselindungkan
ketika LANGDON membawa rombongan tersebut ke pintu berkembar
di hujung kawasan ruang terbuka itu. Pembantu HENRY SHAW SR –
BARKER – berdiri keresahan.
BARKER
Encik Shaw, tuan, dia bersama-sama
senator –
LANGDON
Tidak mengapa, Barker, saya hendak
berjumpa ayah saya!
LANGDON menerjah masuk.
68
68 Haiwan Ajaib dan Tempat Ditemui

