Page 17 - HAIWAN AJAIB DAN TEMPAT DITEMUI: BUKU SKRIP
P. 17

25 October 2019 11:34 AM



                                            SKRIP ASAL




                  SHAW SR mengisyaratkan anaknya supaya diam dan memberi isyarat
                  kepada keluarga  BAREBONE supaya beredar.


                                             SHAW SR
                                Itu sahaja – terima kasih.

                     BUKU SKRIP - HAIWAN AJAIB DAN TEMPAT DITEMUI
                                            MARY LOU
                                       (tenang, rasa terhormat)
                                Kami harap tuan dapat
                                menimbangkannya semula, Encik
                                Shaw. Tidak susah untuk mencari
                                kami. Sampai berjumpa lagi, kami
                                berterima kasih kepada tuan kerana
                                sudi meluangkan masa.


                  SHAW SR dan  SENATOR SHAW memerhatikan  MARY LOU ketika dia
                  berpusing dan mendahului anak-anaknya keluar dari pejabat itu. Bilik
                  berita sunyi sepi dan semuanya memanjangkan leher untuk mendengar
                  pertengkaran di dalam pejabat.


                  Ketika beredar,  CREDENCE terjatuhkan sekeping risalahnya.  SENATOR
                  SHAW melangkah ke hadapan lalu mengutip risalah itu. Dia
                  memandang sepintas lalu gambar ahli sihir di bahagian hadapan risalah.


                                          SENATOR SHAW
                                        (kepada  CREDENCE)
                                Hei, budak. Kamu tercicir sesuatu.


                  SENATOR SHAW merenyukkan risalah itu sebelum meletakkannya ke
                  dalam tangan  CREDENCE.






                                                73




                                                                    73Haiwan Ajaib dan Tempat Ditemui
   12   13   14   15   16   17   18   19   20   21   22