Page 28 - HAIWAN AJAIB DAN TEMPAT DITEMUI: BUKU SKRIP
P. 28
25 October 2019 11:34 AM
TENTANG PENULIS
J.K. ROWLING merupakan penulis siri novel Harry Potter
pemecah rekod dan pemenang pelbagai anugerah. Digemari oleh
BUKU SKRIP - HAIWAN AJAIB DAN TEMPAT DITEMUI
peminat di seluruh dunia, siri ini telah terjual melebihi 500 juta
naskhah, diterjemahkan kepada lebih 80 bahasa, serta diadaptasi
kepada lapan buah filem blokbuster.
Beliau telah menulis tiga jilid buku iringan untuk badan
kebajikan: Quidditch Through the Ages dan Fantastic Beasts and
Where to Find Them (untuk Comic Relief dan Lumos); serta The
Tales of Beedle the Bard (untuk Lumos). Ditulis pada asalnya oleh
J.K. Rowling sebagai sebuah buku teks Hogwarts, Fantastic Beasts
and Where to Find Them menjadi inspirasi bagi siri lima buah
filem Warner Bros. yang asal dan baharu, dengan yang pertama
diterbitkan pada 2016. Filem kedua dalam siri ini, ‘Fantastic
Beasts: The Crimes of Grindelwald’, diterbitkan pada November
2018
J.K. Rowling telah bekerjasama dengan penulis skrip Jack Thorne
dan pengarah John Tiffany untuk pementasan teater ‘Harry Potter
and the Cursed Child’, yang pementasan pembukaannya diadakan
di London’s West End pada 2016, di Broadway pada 2018, dan
pementasan di seluruh dunia pada 2019.
Pada 2012, syarikat digital J.K. Rowling dilancarkan, tempat para
peminat dapat menikmati pelbagai berita, rencana dan artikel, di
samping kandungan asal daripada J.K. Rowling.
277
277Haiwan Ajaib dan Tempat Ditemui

