Page 24 - HAIWAN AJAIB DAN TEMPAT DITEMUI: BUKU SKRIP
P. 24
25 October 2019 11:34 AM
GLOSARI ISTILAH FILEM
Adegan dicepatkan: Adegan dipotong daripada satu detik
BUKU SKRIP - HAIWAN AJAIB DAN TEMPAT DITEMUI
penting kepada yang lain dari sudut yang sama. Peralihan
ini biasanya digunakan untuk menunjukkan waktu
berselang yang sangat singkat.
Dalam: Lokasi penggambaran di dalam bangunan.
Fokus tetap: Kamera berhenti pada seseorang atau suatu
objek.
Gerakan kamera/gerakan pantas kamera: Pergerakan
kamera, melibatkan kamera berpusing pada paksi yang
statik, bergerak perlahan-lahan dari satu subjek ke subjek
lain; gerakan pantas kamera merupakan pergerakan yang
sangat pantas dari satu subjek ke subjek lain.
Imbasan kilat: Syot peralihan yang sangat sekejap,
kadangkala satu gambar pendeknya.
Kembali kepada adegan: Selepas memfokus pada satu
watak atau aksi dalam sesuatu adegan, kamera akan kembali
kepada adegan yang lebih besar.
Luar: Lokasi penggambaran di luar.
Masa dicepatkan: Adegan dipotong dan dikembalikan
kemudian dalam adegan yang sama.
273
273Haiwan Ajaib dan Tempat Ditemui

