Page 20 - Buku Pengurusan SID 2019
P. 20
BUKU PENGURUSAN SMK SID 2019
BIDANG TUGAS PENGURUSAN KOKURIKULUM PPU 2019
Majlis Kokurikulum PPU
Senarai Tugas :
1. Merancang aktiviti kokurikulum sekolah – rancangan jangka panjang dan pendek.
2. Mengadakan mesyuarat sekurang-kurangnya dua kali setahun
3. Menentukan peraturan kokurikulum sekolah
4. Menentukan takwim dan jadual aktiviti
5. Memastikan penglibatan pelajar adalah menyeluruh
6. Memastikan guru mematuhi takwim dan jadual kokurikulum
7. Menentukan tarikh-tarikh aktiviti-aktiviti kokurikulum dan kegiatan lain.
8. Memastikan sekolah mengambil bahagian dalam kegiatan kokurikulum peringkat daerah / negeri /
kebangsaan.
9. Menilai aktiviti kokurikulum dan membuat laporan tahunan
10. Membuat anggaran perbelanjaan dan menentukan peruntukan kewangan yang akan digunakan.
11. Memberi pengiktirafan dan penghargaan kepada guru dan pelajar yang telah menunjukan prestasi
cemerlang dalam bidang masing-masing.
12. Memastikan konsep sukan untuk semua dan sukan elit dilaksanakan di sekolah.
Bidang Tugas Setiausaha Kokurikulum :
1. Menyelaras semua aktiviti kokurikulum sekolah
2. Menyediakan takwim dan jadual aktiviti Sukan dan Kelab/Persatuan.
3. Menyediakan peraturan kokurikulum sekolah bersama dengan Penolong Kanan PPU dan Penyelaras
Kokurikulum PPU.
4. Menentukan laporan aktiviti, surat menyurat dan minit mesyuarat difailkan dengan baik.
5. Menyediakan borang kebenaran ibu bapa / Penjaga untuk aktiviti pelajar
6. Menyelaras penyediaan Album Kokurikulum sekolah bersama dengan Ketua Sukan dan Kelab/Persatuan
7. Merekodkan pencapaian cemerlang pelajar dalam bidang kokurikulum.
8. Melaporkan kepada Penolong Kanan PPU tentang perkembangan Unit Beruniform, Persatuan & Kelab dan
Sukan & Permainan.
Senarai Tugas Penyelaras Unit Beruniform, Kelab & Persatuan dan Sukan & Permainan :
1. Merancang meningkatkan pengetahuan, kemahiran dan minat pelajar dalam bidang yang dipertandingkan.
2. Memastikan undang-undang atau peraturan kelab dan permainan dipatuhi.
3. Menyelaras dan menganjurkan perlawanan antara Tingkatan / / Kelab / Persatuan [mengadakan
pertandingan dalaman]
4. Mengurus pengangkutan untuk pasukan sekolah ke pertandingan luar.
5. Melapor dan merekodkan keputusan pertandingan yang disertai.
6. Menyediakan anggaran perbelanjaan untuk peralatan dan pengurusan.
7. Menentukan peralatan dan kemudahan permainan sentiasa dalam keadaan baik, selamat dan mencukupi
untuk digunakan.
8. Merancang aktiviti tahunan dengan Ketua Penyelaras Kokurikulum.
9. Menilai prestasi pasukan sekolah dan mengambil langkah-langkah untuk mempertingkatkannya
10. Menyediakan sijil kepada ahli-ahli yang layak.
Senarai Tugas Guru Penasihat Unit Beruniform, Kelab & Persatuan dan Sukan & Permainan :
1. Membentuk Jawatankuasa Unit Badan Beruniform, Persatuan & Kelab dan Sukan & Permainan.
2. Memastikan aktiviti persatuan selaras dengan objektif sekolah.
3. Memastikan adanya peraturan dan perlembagaan.
4. Memastikan Jawatankuasa menjalankan tugas seperti dicatat dalam perlembagaan.
5. Merancang aktiviti tahunan dengan kerjasama pelajar dan menyerahkan kepada Penyelaras untuk
simpanan dan rekod.
6. Merancang strategi untuk peningkatan Persatuan &Kelab.
7. Mengurus kewangan dan peralatan Persatuan & Kelab.
8. Memastikan minit mesyuarat dan laporan kegiatan yang disediakan dan difailkan.
9. Bekerjasama dengan pihak sekolah untuk menjayakan aktiviti-aktiviti seperti PESKO, Hari Guru, Hari
Sukan dan lain-lain.
10. Mengurus surat menyurat dan segala keperluan untuk kegiatan luar sekolah.
11. Membuat anggaran pendapatan dan perbelanjaan.
12. Memastikan tidak ada unsur-unsur subversif tersebar / disebarkan dikalangan ahli.
13 Mencadangkan nama ahli-ahli yang layak menerima sijil kepada penyelaras unit masing-masing
BIDANG 10

