Page 14 - Hariz Bin Izhar
P. 14

PERTANDINGAN BICARA BUKU

                                                NAMA: Hariz Bin Izhar

                                                           JUDUL BUKU: Kisah Tiga Sekawan Monyet.


                          Jadikan buku kekasih hati,

                           ilmu bertambah hidup bererti.



                       Banyak buku banyak cereka,

                           Pilih pengarang mana suka.


               Assalammualaikum  dan  Salam  Sejahtera  Saya  Hariz  Bin  Izhar,  berumur  15  tahun  dari
               Tingkatan 3 Khas, Sekolah Menengah Sultan Abdul Samad, Klang, Selangor. Saya adalah anak
               bongsu dari dua beradik dan menetap di Bandar Bukit Raja, Klang.

               Saya amat berminat dengan kerja-kerja tangan seperti memasang model basikal mainan dan
               membaik pulih basikal. Pada masa gemar membaca.

               Saya sangat bersyurkur kerana terpilih dalam bicara buku kali ini. Buku yang saya pilih   ialah
               dari penulis Nurul Fatehah Jaamad bertajuk Anak Ikan Degil, terbitan Grup Buku Karangkraf
               2012. Di dalamnya ada 4 buah cerita namun cerita yang paling saya suka ialah Kisah Tiga
               Sekawan Monyet.

               Cerita ini mengisahkan 3 ekor Monyet bernama Chimon, Jaja dan Eten yang telah bersahabat
               baik dari kecil dan sangat baik hati. Mereka sentiasa bermain bersama dan berusaha mencari
               makanan bersama-sama. Apabila mendapat makanan mereka akan kongsikan dengan haiwan
               lain di hutan. Chimon, Jaja dan Eten juga sangat baik hati dan tidak menyimpan dendam walau
               dengan monyet yang dengki dengan mereka seperti Oli.

               Sikap  Oli  amat  berbeza  dari  Chimon, Jaja  dan  Eten.  Oli  sangat  sombong  dan  tidak  mahu
               menerima  buah-buahan  dari  mereka.  Malah  Oli  merancang  untuk  ke  kebun  manusia  dan
               mengambil buah-buahan sendiri.

                Disebabkan sikap Oli yang tamak dan penuh hasad dengki, Oli menjadi kurang berhati-hati
               sehingga ditangkap tuan kebun. Mendengar berita Oli ditangkap dan dikurung tuan kebun,
               Chimon, Jaja dan Eten merasa bimbang dan datang menyelamatkan Oli.

               Mereka sanggup bahayakan diri mereka demi seorang kawan. Oli merasa malu dan insaf serta
               tidak mahu lagi sombong dan tamak. Kini, Oli juga bersahabat baik dengan Chimon, Jaja dan
               Eten.
   9   10   11   12   13   14   15