Page 15 - Hariz Bin Izhar
P. 15

Pengajaran  yang  saya  dapat  dari  kisah  3  sahabat  ini  ialah  kepentingan  semangat

                       setiakawan dan persahabatan. Kita juga harus hidup bersatu padu, tolong menolong dan
                       saling memerlukan. Kita jangan jadi seperti Oli yang tamak dan merasa dengki dengan

                       kejayaan orang lain. Peribahasa ada menyatakan orang yang tamak selalu rugi seperti
                       anjing  dengan  bayang-bayangnya.  Dan  yang  paling  utama  sekali  kita  mestilah

                       memaafkan kawan dan menerima mereka seadanya. Pengajaran dalam buku ini  saya
                       dapat  mengamalkan  nilai  dan  akhlak  yang  baik  dalam  kehidupan  saya.  Itu  sahaja

                       daripada  saya,  saya  berharap  kawan-kawan  semua  dapat  menggunakan  masa  yang

                       terluang dengan  membaca buku dan tidak membuang masa dengan tidak berfaedah.
                       Akhir kata dari saya


                       Baca buku banyak faedahnya,carilah ilmu  kemana saja.


                       Jadikan buku kawan setia,amalan baik sepanjang usia.

                       Membaca buku jambatan ilmu,budaya membaca setiap waktu.


                       Sekian Terima Kasih.
   10   11   12   13   14   15