Page 41 - Anugerah e-Nilam Pendidikan Khas Negeri Selangor Hariz
P. 41
ULASAN NOVEL
MOTIVASI PELAJAR CEMERLANG &
MENGURUS WANG SECARA BIJAKSANA
Cintai buku setiap masa, ilmu dapat minda perkasa
Dalam buku banyak ilmu, apabila dibaca baru tahu.
Assalamualaikum, Nama saya Hariz Binti Izhar,
Saya sangat bersyurkur kerana terpilih dalam bicara buku kali ini. Buku yang
saya pilih daripada penulis Nurul ‘Ula Noor ‘Aaisa terbitan Pustaka Tintamas
berjudul Motivasi Pelajar Cemerlang.
Buku ini adalah Siri Motivasi Pemangkin Diri untuk menjadi pelajar cemerlang.
Kecemerlangan akademik menjadi impian saya dan pelajar yang lain juga.
Untuk menjadi pelajar cemerlang kita perlu berusaha dan bekerja keras.
Kejayaan bukan mudah dicapai namun ia bukan perkara yang mustahil kerana
kita yang merancang untuk berjaya. Pelajar yang cemerlang sentiasa menjaga
kesihatan fizikal, minda dan emosi diri. Mereka juga menjaga pemakanan serta
membuat latihan jasmani kebijaksanaan dalam mengurus diri serta
kecenderungan melakukan hanya aktiviti-aktiviti yang berfaedah membuatkan
pelajar lebih berdisiplin, sihat dan cergas.
Pelajar yang cemerlang menggunakan masa hidupnya dengan sebaik-baiknya,
melakukan hanya yang baik dan menjauhi perkara-perkara yang ditegah.
Pelajar yang cemerlang sentiasa berusaha memperbaiki dirinya termasuk
belajar kesilapan silam yang pernah dilaluinya. Pelajar yang cemerlang sentiasa
bersiap sedia untuk menghadapi sebarang bentuk ujian atau peperiksaan yang
bakal diadakan oleh pihak sekolah (ujian bulanan, peperiksaan penggal) atau
oleh pihak kementerian (peperiksaan yang sebenarnya). Pelajar berjaya ialah
pelajar yang mampu menghadapi peperiksaan bila-bila masa.
Pelajar yang cemerlang sentiasa menghormati guru sama ada semasa guru
sedang mengajar di dalam kelas atau sewaktu berada di luar kelas. Guru
adalah sumber ilmu. Oleh itu sentiasalah menghormati guru yang memberikan
kita ilmu. Pelajar yang cemerlang mengadakan kumpulan perbincangan
bersama rakan-rakan yang mempunyai visi dan agenda yang sama, iaitu
kejayaan dalam peperiksaan. Namun jangan tubuhkan kumpulan belajar yang
akhirnya bertukar menjadi kumpulan bersembang!

