Page 42 - Anugerah e-Nilam Pendidikan Khas Negeri Selangor Hariz
P. 42
Pelajar yang cemerlang perlu menyediakan jadual waktu untuk merancang
pembelajaran pelajar di luar sekolah. Minta nasihat guru atau individu yang
berpengalaman untuk mendapatkan corak jadual yang sesuai dan efektif.
Jadual ini mestilah dipatuhi. Pelajar yang cemerlang akan membeli buku-buku
rujukan yang sesuai. Ini dapat memantapkan persediaan pelajar. Minta
bantuan guru untuk mendapatkan senarai buku-buku rujukan pilihan untuk
subjek-subjek tertentu. Namun, buku yang kelihatan cantik menawan tidak
semestinya baik.
Mengapa kita perlu membaca buku ini? Setiap manusia pastinya mahu
menempa kejayaan dalam hidup mereka. Namun, tidak semua yang mampu
melakukannya. Manusia memerlukan motivasi.
Semestinya, saya akan membaca Siri Motivasi Pemangkin Diri yang berjudul
Mengurus Wang Secara Bijaksana yang ditulis oleh Nurul ‘Ula Noor ‘Aaisa
terbitan Pustaka Tintamas.
Melalui pembacaan saya, mengurus kewangan yang betul sangat penting
dalam kehidupan kita. Berbelanja lebih daripada bajet atau di luar kemampuan
akan mengakibatkan kedudukan kewangan tergugat. Hal ini tidak digalakkan
lebih-lebih lagi semasa kegawatan ekonomi. Jika anda tidak mempunyai rekod
kewangan yang baik, anda mungkin bakal menghadapi masalah kelak termasuk
bebanan hutang.
Simpanan kewangan boleh diibaratkan sebagai suatu transaksi perniagaan.
Anda menukar ganti peluang anda untuk berbelanja sekarang dengan
perbelanjaan yang bakal anda hadapi. Tujuan utama menabung adalah untuk
menampung perbelanjaan yang mungkin anda hadapi kelak.

