Page 24 - Hariz Bin Izhar
P. 24

NAMA: Hariz Bin Izhar

                                                 JUDUL BUKU: Kisah Tiga Sekawan Monyet.



                          Jadikan buku kekasih hati,

                          lmu bertambah hidup bererti.

                       Banyak buku banyak cereka,

                          Pilih pengarang mana suka.



               Assalammualaikum  dan  Salam  Sejahtera  Saya  Hariz  Bin  Izhar,  berumur  15

               tahun dari Tingkatan 3 Khas, Sekolah Menengah Sultan Abdul Samad, Klang,
               Selangor. Saya adalah anak bongsu dari dua beradik dan menetap di Bandar

               Bukit Raja, Klang.



               Saya  amat  berminat  dengan  kerja-kerja  tangan  seperti  memasang  model
               basikal mainan dan membaik pulih basikal. Pada masa gemar membaca.



               Saya sangat bersyurkur kerana terpilih dalam bicara buku kali ini. Buku yang

               saya pilih   ialah dari penulis Nurul Fatehah Jaamad bertajuk Anak Ikan Degil,
               terbitan Grup Buku Karangkraf 2012. Di dalamnya ada 4 buah cerita namun

               cerita yang paling saya suka ialah Kisah Tiga Sekawan Monyet.



               Cerita ini mengisahkan 3 ekor Monyet bernama Chimon, Jaja dan Eten yang
               telah  bersahabat  baik  dari  kecil  dan  sangat  baik  hati.  Mereka  sentiasa

               bermain bersama dan berusaha mencari makanan bersama-sama. Apabila

               mendapat makanan mereka akan kongsikan dengan haiwan lain di hutan.

               Chimon, Jaja dan Eten juga sangat baik hati dan tidak menyimpan dendam

               walau dengan monyet yang dengki dengan mereka seperti Oli.
   19   20   21   22   23   24   25