Page 25 - Hariz Bin Izhar
P. 25

Sikap Oli amat berbeza dari Chimon, Jaja dan Eten. Oli sangat sombong dan

               tidak mahu menerima buah-buahan dari mereka. Malah Oli merancang untuk
               ke kebun manusia dan mengambil buah-buahan sendiri.



                Disebabkan  sikap  Oli  yang  tamak  dan  penuh  hasad  dengki,  Oli  menjadi

               kurang  berhati-hati  sehingga  ditangkap  tuan  kebun.  Mendengar  berita  Oli
               ditangkap dan dikurung tuan kebun, Chimon, Jaja dan Eten merasa bimbang

               dan datang menyelamatkan Oli.



               Mereka  sanggup  bahayakan  diri  mereka  demi  seorang  kawan.  Oli  merasa

               malu  dan  insaf  serta  tidak  mahu  lagi  sombong  dan  tamak.  Kini,  Oli  juga
               bersahabat baik dengan Chimon, Jaja dan Eten.



               Pengajaran  yang  saya  dapat  dari  kisah  3  sahabat  ini  ialah  kepentingan

               semangat setiakawan dan persahabatan. Kita juga harus hidup bersatu padu,
               tolong  menolong  dan  saling  memerlukan.  Kita  jangan  jadi  seperti  Oli  yang

               tamak  dan  merasa  dengki  dengan  kejayaan  orang  lain.  Peribahasa  ada

               menyatakan  orang  yang  tamak  selalu  rugi  seperti  anjing  dengan  bayang-

               bayangnya. Dan yang paling utama sekali kita mestilah memaafkan kawan
               dan menerima mereka seadanya. Pengajaran dalam buku ini  saya dapat

               mengamalkan nilai dan akhlak yang baik dalam kehidupan saya. Itu sahaja

               daripada  saya,  saya  berharap  kawan-kawan  semua  dapat  menggunakan

               masa yang terluang dengan  membaca buku dan tidak membuang masa
               dengan tidak berfaedah. Akhir kata dari saya


               Baca buku banyak faedahnya,carilah ilmu  kemana saja.


               Jadikan buku kawan setia,amalan baik sepanjang usia.


               Membaca buku jambatan ilmu,budaya membaca setiap waktu.

               Sekian Terima Kasih.
   20   21   22   23   24   25