Page 13 - PowerPoint Presentation
P. 13
➢Isu Kebudayaan
❑ Setiap budaya yang ada hanya mewakili identiti sesuatu kaum
atau etnik yang wujud di Malaysia. Usaha untuk melambangkan kepelbagaian
budaya di bawah satu identiti seolah-olah sukar dicapai tatkala semua kaum
takut akan kehilangan identiti budaya masing-masing. Terpengaruh dengan
dasar pecah dan perintah.
❑ Cabaran kedua= sistem pendidikan yang langsung tidak mendokong usaha
mengukuhkan perpaduan melalui perkongsian budaya. Sistem pendidikan yang
berorientasikan peperiksaan telah mewujudkan kelompangan berkaitan
memartabatkan kebudayaan dalam kalangan pelajar.
❑ Cabaran ketiga=sistem pendidikan yang diperkenalkan oleh penjajah yang masih
dipraktikkan sehingga ke hari ini. Meskipun telah ada pembaharuan dalam
aspek-aspek tertentu, namun, kita tidak boleh menafikan bahawa masih wujud
konsep dan kaedah perlaksanaan yang diteruskan dari zaman penjajahan lagi.
Umpamanya, sehingga hari ini masih wujud sekolah vernacular.

