Page 18 - PowerPoint Presentation
P. 18

KONSEP DAN

          PEMBENTUKAN

          NEGARA BANGSA

          DALAM ACUAN

          MALAYSIA










  MALAYSIA, sebagai suatu entiti politik, mula wujud pada 16

  September 1963, ditubuhkan dengan menyatukan Persekutuan
  Tanah Melayu yang merdeka pada masa itu dengan Singapura,

  Borneo Utara (sekarang dinamakan Sabah) dan Sarawak.

  Sejarah telah mencatatkan peristiwa permuafakatan politik
  dalam kalangan barisan pemimpin pelbagai kaum di ambang

  kemer-dekaan bersatu dan berpadu hati dalam merencanakan

  tarikh keramat 31 Ogos, 1957; di mana kedaulatan tanah air dari
  belenggu penjajahan dari pihak British ke tangan kita kembali.

  Sejak merdeka, usaha murni telah dilaksanakan oleh kerajaan

  dalam mengekalkan keharmonian dan tolak ansur dalam
  kalangan masyarakat pelbagai kaum. Ia penting sebagai landasan

  negara memacu perkembangan ekonomi, pemantapan

  rancangan pembangunan sosiobudaya serta mewujudkan
  kestabilan politik di negara ini.

  Dalam hal ini, Malaysia mempunyai beberapa acuan untuk

  mengurus isu perpaduan negara dan integrasi nasional. Acuan ini

  telah diguna pakai untuk menyusun atur, merancang dan
  melaksanakan pembangunan dan pemerintahan di Malaysia.

  Rakyat Malaysia terdiri daripada pelbagai budaya, agama dan

  bahasa. Pengurusan perhubungan kaum yang harmoni di antara

  rakyat pelbagai budaya telah menjadi perkiraan asas dalam
  negara ini semenjak mencapai kemerdekaan dalam tahun 1957.
   13   14   15   16   17   18   19   20   21   22   23