Page 4 - BUKU PENGURUSAN SMK SEGAMBUT 2022
P. 4
KATA ALU-ALUAN
PENGETUA
Salam sejahtera dan salam SMKS cemerlang.
Marilah kita sama-sama memanjatkan rasa kesyukuran kepada tuhan kerana dengan
izin-Nya kita masih lagi diberi peluang dan kesempatan untuk memikul amanah sebagai
pendidik, bekerja menabur bakti serta terus menyumbang tenaga dan idea untuk meneruskan
kecemerlangan pendidikan di SMK Segambut.
Ucapan setinggi-tinggi tahniah dan jutaan terima kasih diucapkan kepada
Jawatankuasa Buku Pengurusan Pentadbiran SMK Segambut Tahun 2022 kerana telah berjaya
menyempurnakan buku ini dengan baik. Sesungguhnya, buku panduan pengurusan ini sangat
penting sebagai garis panduan dan rujukan berterusan kepada guru-guru dan Anggota
Kakitangan Pelaksana (AKP) dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab dengan lebih
efisien dan efektif.
Bidang pendidikan negara sememangnya bersifat dinamik dan transformasi bagi
memenuhi keperluan semasa. Buktinya, kita semua berada dalam keadaan VUCA dan sering
berhadapan dengan pelbagai perubahan dan cabaran dalam dua tahun sebelum ini (2020 dan
2021). Saya berasa sangat bersyukur kerana semua warga SMKS senantiasa diberkati serta
dikurniakan kesihatan yang baik dan bekerjasama dalam menjalankan tugas kita sebagai
pendidik dengan baik.
Kita merupakan guru, pengajar dan pendidik yang bertindak sebagai insan yang
memikul tanggungjawab dan amanah yang besar dalam memberikan pendidikan,
menyampaikan ilmu, membentuk peribadi dan sahsiah serta menjana potensi murid ke tahap
maksimum. Sehubungan dengan itu, seorang pendidik harus memiliki ciri-ciri seperti berikut:
➢ Seorang pendidik yang hebat akan menhormati para muridnya
➢ Seorang pendidik yang hebat mewujudkan rasa kekitaan di dalam kelas seperti
sebuah komuniti yang harmonis
➢ Seorang pendidik yang hebat mempunyai cinta terhadap profesionnya dan
mengamalkan pembelajaran berterusan
➢ Seorang pendidik yang hebat adalah pemimpin mahir
➢ Seorang pendidik yang hebat boleh “beralih gear” dan fleksibel
➢ Seorang pendidik yang hebat bekerjasama dengan rakan-rakan sekerja secara
berterusan dan sama sama cemerlang
➢ Seorang pendidik yang hebat mengekalkan integriti dalam semua bidang
➢ Seorang pendidik yang hebat mesti sentiasa “Passionate” dan sanggup menghadapi
cabaran Vuca dunia Pendidikan
3

