Page 5 - BUKU PENGURUSAN SMK SEGAMBUT 2022
P. 5
Kejayaan bagi sebuah organisasi sekolah menunjukkan 80% adalah daripada
sumbangan para pendidik dan hanya 20% adalah daripada pemimpin atau pentadbir sekolah.
Justeru itu, kita sebagai seorang pendidik mesti sentiasa mempunyai “setting”yang betul dan
“mindset” yang bernas demi kita mengorak langkah dalam mencapai matlamat pendidikan dan
kemenjadian murid yang kita patut usahakan bersama.
” RIGHT ATTITUDE NEVER TAKES YOU TO WRONG DIRECTION”
Hala tuju TS25 sekolah kita iaitu SMKS Cemerlang VS TSC (Technology, Skills, Communication)
harus kita teruskan memandangkan ketiga-tiga aspek ini amat diperlukan untuk kita mengasah potensi
murid-murid kita. Diharapkan kita dapat bersama-sama bekerjasama untuk memastikan kejayaan
dalam mentransformasikan sekolah kita ke arah kecemerlangan yang kita idamkan bersama.
Marilah kita terapkan budaya kerja yang berprestasi tinggi, meningkatkan keberhasilan,
kompetensi diri dan akauntabiliti kita serta menambah baik pengurusan kerja buat kita dari masa ke
masa sebagai satu pasukan pendidik yang berwibawa. Pendekatan yang proaktif, kreatif, sistematik dan
terancang serta mengelakkan kerja “last minute” amat diperlukan juga dalam mengapai matlamat dan
menjayakan sesuatu organisasi. Jalinan dan jaringan dengan pelbagai pihak luar dan pemegang taruh
juga tidak boleh diabaikan.
Akhir kata, saya yakin dan percaya bahawa semua warga sekolah sentiasa bersedia
mengamalkan budaya kerja yang telah saya nyatakan di atas untuk mencipta kejayaan demi kejayaan
yang akan kita kecapi di SMKS. Teruskan tekad, gandakan usaha agar kita dapat menjadi insan yang
dapat menyempurnakan tuntutan agama, bangsa dan negara. Selamat menjalankan tugas dengan
dedikasi sepanjang tahun 2022.
The mediocre teacher tells
The good teacher explains
The superior teacher demonstrates
The great teacher inspires
Sekian, terima kasih.
PN TAN SIEW CHOO
PENGETUA
SMK SEGAMBUT
4

