Page 10 - TAKWIM SK BANDAR HILIR 2020
P. 10
MOTTO : KESABARAN DAN KETEKUNAN PUNCA KEJAYAAN
Apabila Mr. E.A.H. Ellis menjadi Guru Besar pada tahun 1935, pentadbiran sekolah
menjadi lebih teratur dengan penggunaan rekod pendaftaran dan jadual kedatangan yang
lengkap. Pada tahun 1941, jawatan Guru Besar dipegang oleh P.F. Pereira (sebelum itu, ia
dipegang oleh En. E.W. Reeve).
Pada tahun 1951, 2 blok bangunan bawah yang mengandungi 6 buah bilik darjah telah
dibina di hujung padang berdekatan Jalan Chan Koon Cheng. Satu blok mengandungi 5 buah
bilik darjah telah dibina berdekatan bangunan asal. Bilangan murid ialah 608 orang.
Pada tahun 1960 akibat daripada peningkatan murid kepada 1671 orang dan kelas yang
tidak mencukupi, sekolah terpaksa dibahagi kepada dua sesi (pagi dan petang). Ia juga digelar
BHES1 (sesi pagi) dan BHE2 (sesi petang). Malah, Guru Besar juga berlainan untuk kedua-dua
sesi. Bahasa penghantar yang selama ini sebahagian besarnya ialah Bahasa Inggeris bertukar
menjadi Bahasa Melayu pada 1970.
3. PERKEMBANGAN SEKOLAH
Sepanjang tahun 1922 – 1950, 8 buah bilik darjah bangunan lama bekas bangunan MPPM telah
digunakan. Pada tahun 1972, pembinaan 2 blok 1 tingkat yang mengandungi 14 buah bilik
darjah lengkap berserta bilik guru besar, pejabat, tandas dan kantin dimulakan. Pada tahun
1976, BHES ditukar nama kepada Sekolah Rendah Kebangsaan Bandar Hilir (kini Sekolah
Kebangsaan Bandar Hilir). Pada tahun 1977, Sekolah Rendah Kebangsaan Bandar Hilir 2
berpindah ke bangunan sendiri di Jalan Ayer Leleh. Berikutan perpindahan itu, proses
pengajaran - pembelajaran Sekolah Rendah Bandar Hilir 1 dijalankan dalam satu sesi sahaja.
Pada tahun 2002, 2 buah bangunan setinggi 4 tingkat dibina dan mula digunakan pada
bulan April 2004. Program pendidikan Prasekolah kerajaan telah diperkenalkan pada tahun
2003. Seramai 25 orang murid di bawah bimbingan Puan Maslena binti Shahari (guru
Prasekolah) dan Puan Kamilah binti Jalal (Pembantu Prasekolah) mula mengikuti kelas
Prasekolah pada 6 Januari 2003.
Pada tahun 2004, sebuah makmal komputer (Fasa 2) telah dibina dan mula digunakan
sepenuhnya pada tahun 2005. Untuk meningkatkan lagi pengetahuan ICT di kalangan murid-
murid dan warga sekolah, Jabatan Pelajaran Melaka (kini Jabatan Pendidikan Melaka) telah
meluluskan sebuah Pusat Akses Maklumat di Sekolah Kebangsaan Bandar Hilir (Fasa 3).
Peralatan yang dibekalkan ialah 10 buah komputer dengan kemudahan akses internet dan
sebuah printer.
Pada awal Januari 2007, Program Integrasi Pendidikan Khas (Masalah Pembelajaran)
telah dimulakan di sekolah ini. Seramai 6 orang murid dengan kekuatan 3 orang guru menjadi
tunjang kepada kelas ini. Pada 2009, Sekolah Kebangsaan Bandar Hilir memiliki 656 orang
pelajar lelaki, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 656 orang. Ia mempunyai seramai
52 orang guru.
Sekarang, bangunan sekolah ini mengandungi 7 buah blok yang didirikan dalam kawasan
2 ekar 3 rd 25 pole termasuk padang. Bilangan murid Sekolah Kebangsaan Bandar Hilir kini
telah berkurang menjadi 253 orang sahaja dan bilangan guru adalah seramai 34 orang termasuk
pihak pentadbir.
#Satu Hati, Satu Matlamat #One Heart, One Goal Page 10

