Page 9 - TAKWIM SK BANDAR HILIR 2020
P. 9

MOTTO  :   KESABARAN DAN KETEKUNAN PUNCA KEJAYAAN


               SEJARAH SEKOLAH


               Sekolah Kebangsaan Bandar Hilir atau nama ringkasnya SK Bandar Hilir (SKBH), merupakan
               sebuah Sekolah kebangsaan yang terletak di No 17 Jalan Parameswara, Bandar Hilir, Melaka.


               1.     LOKASI SEKOLAH

               Sekolah ini terletak kira-kira 3 km dari Bandar Melaka Bersejarah.  Luas kawasan ialah kira-kira
               126596 sqft (2e 3rd 25p).

               2.     SEJARAH AWAL

               Malacca Government Preparatory School ialah nama pertama yang diberikan kepada Sekolah
               Kebangsaan Bandar Hilir (SKBH) pada tahun 1908.  Bangunan asal sekolah ini terletak di Jalan
               Gereja  sekarang,  yang  pada  masa  ini  digunakan  sebagai  Gedung  Ubat  Kerajaan  bagi  Klinik
               Pesakit Luar dalam bandar Melaka.

                      Sekolah  ini  dipercayai  diadakan  atas  arahan  Kerajaan  Inggeris  pada  masa  itu  kerana
               nama  asalnya  disebut  “Governmen”.    Dua  orang  adik  beradik,  Cik Isabella William  dan  Encik
               Clive William telah ditugaskan untuk menubuhkan darjah 1.  Miss Isabella dilantik menjadi guru
               besar dengan murid seramai 26 orang yang terdiri daripada bangsa Cina (Baba) yang tinggal di
               bandar Melaka pada ketika itu.  Encik Clive pula ditugaskan sebagai Penolong Kanan. Yuran
               sebanyak RM 1.00 dikenakan kepada semua murid dan semua murid ditempatkan dalam satu
               darjah sahaja.

                      Setahun kemudian, Mr. R.C. Dredge mengambil alih jawatan Miss Isabela yang meletak
               jawatan  sebagai  guru  besar.    Tahun  1915  pula  memperlihatkan  Mr.  Richards  menjadi  guru
               besar.  Pada tahun berikutnya, bilangan murid bertambah kepada 105 orang.  Pada tahun 1920,
               murid-murid terpaksa dibahagikan kepada empat kelas memandangkan jumlah murid mencapai
               123 orang.  Bangunan lama Gudang Ubat Kerajaan itu terus digunakan hingga tahun 1922.

                      Dalam  tahun  yang  sama,  bangunan  Maktab  Perguruan  Melayu  Melaka  (MPMM)  iaitu
               bangunan lama SKBH sekarang ini telah diserahkan kepada “Malacca Government Preparetory
               School“  kerana  maktab  tersebut  telah  dipindahkan  ke  Tanjung  Malim,  Perak.    Yuran  sekolah
               pada tahun 1923 dinaikkan sebanyak RM 2.00 apabila murid mencecah 324 orang.  Pada waktu
               ini, nama sekolah ditukar kepada Bandar Hilir English School (BHES) bersempena dengan nama
               tempat di situ, Bandar Hilir.  Yuran sekolah sekali lagi dinaikkan sehingga RM 2.50 pada tahun
               1926.

                      Dengan perubahan itu, kemudahan asas telah bertambah baik dan bilangan murid pula
               bertambah ramai.  Orang-orang tempatan mula diambil menjadi guru, seperti Encik Tan Gim
               Ann, Encik Suppiah, Cik Goonting (Puan Marbeck), Puan Lam Yat Seng dan Cik Ashness (Puan
               Kessler).

                      Pada tahun 1927 apabila Captain O.G. Williams menjadi Guru Besar, kelas khas untuk
               pelajar Melayu (Special Malay Class) ditubuhkan. Kebanyakan murid di seluruh negeri Melaka
               datang belajar di BHES. Dalam tahun ini juga pertukaran murid-murid dari BHES ke Tranquerah
               English School berlaku - untuk ke sekolah menengah semua murid BHES telah dihantar ke
               Sekolah Tinggi Melaka, Melaka.


                  #Satu Hati, Satu Matlamat #One Heart, One Goal                                                                                            Page 9
   4   5   6   7   8   9   10   11   12   13   14