Page 15 - AKRONIM SEJARAH SPM TINGKATAN 4 DAN 5
P. 15
INDIA
Individu tersohor dalam perluasan kuasa adalah Chandragupta Maurya, Bindusara dan
Asoka. Menggunakan ketenteraan semasa Dinasti Maurya, terdiri daripada 600 ekor
I gajah, 1000 tentera berkuda dan 10,000 orang infantri.
Nadi sistem pendidikan Zaman Vedik adalah agama Hindu teras pendidikan, didominasi
oleh kaum lelaki, pembelajaran kitab Veda, bahasa Sanskrit sebagai medium pengajaran
N dan menggunakan kaedah hafalan.
Dunia sains dan teknologi ialah cabang kepada pengetahuan Vedik, pengetahuan astronomi
D daripada Rig Veda, perkembangan ilmu perubatan dan ilmu pelayaran.
India menggunakan kitab Dharma Sastra iaitu kitab undang-undang tertua, raja
memelihara kesucian dan kesalahan akan didenda. Zaman Dinasti Maurya pula titah raja
I diukir pada tiang batu, dikenali sebagai Tiang Asoka dan raja umpama seorang bapa.
Antara sumbangan seni bina adalah Stupa Besar Sanchi untuk tujuan ritual keagamaan,
A Komplek Kuil Ajanta dan Komplek Kuil Ellora.

