Page 20 - AKRONIM SEJARAH SPM TINGKATAN 4 DAN 5
P. 20
Jelaskan Ciri-ciri Kerajaan Maritim.
M Mahir membuat dan membaiki kapal.
Kesannya mampu belayar jauh untuk berdagang.
A Aktiviti ekonomi menjalankan kegiatan perdagangan dan kelautan serta
berfungsi sebagai pelabuhan iaitu pelabuhan pembekal, kerajaan dan
entreport.
R Rakyatnya terdiri daripada orang tempatan, orang laut dan pedagang luar.
I India dan China membawa barangan mewah seperti tembikar, tekstil, manik
dan gelas.
T Terletak di persisiran pantai, lembah sungai dan kepulauan.
I Ikan, sotong, udang dan ketam merupakan hasil utama kegiatan perikanan.
M Mahir membaca arah laut iaitu berpandukan bintang dan langit.

