Page 23 - AKRONIM SEJARAH SPM TINGKATAN 4 DAN 5
P. 23
Apakah faktor yang menyumbang kepada kemajuan Kedah Tua sebagai
pelabuhan entreport?
K Kedudukan strategik iaitu di laluan Selat Melaka.
E Entreport sebagai pelabuhan antarabangsa dengan bukti jumpaan tembikar
China, pelita tembaga dari Timur Tengah dan manik dari India.
D Dikunjungi pedagang dari China, India, Burma dan Sri Lanka.
A Adanya Gunung Jerai menjadi panduan kapal dagang keluar masuk di
pelabuhan Sg. Mas dan Lembah Bujang.
H Hasil hutan seperti rotan dan hasil bumi seperti bijih timah yang banyak.
T Terlindung daripada tiupan angin monsun barat daya dan timur laut.
Urusan perdagangan mudah kerana menggunakan bahasa Melayu sebagai
U bahasa perhubungan.
A Adanya kemudahan menyimpan barang dagangan.

