Page 30 - AKRONIM SEJARAH SPM TINGKATAN 4 DAN 5
P. 30
HIJRAH
Hijrah berasal daripada perkataan Arab bermaksud berpindah iaitu perpindahan Nabi Muhammad
SAW dan umat Islam dari kota Makkah ke kota Madinah sebagai strategi memperkukuhkan dan
H menyebarkan Islam.
Istilah hijrah juga merujuk kepada perjuangan menegakkan kebenaran, meninggalkan keburukan dan
I semangat ingin berubah dalam pelbagai keadaan.
Jawapan hijrah bukan suatu pelarian ialah disambut dengan meriah oleh penduduk Madinah, disediakan
tempat tinggal, dijemput oleh penduduk Madinah, jaminan keselamatan dan Nabi Muhammad SAW
J dilantik sebagai pemimpin Madinah.
Rasional sebab peristiwa hijrah adalah perintah Allah menerusi wahyu dari surah al-Anfal, strategi
menyebarkan Islam dengan aman, jemputan penduduk Madinah, pakatan untuk membunuh Nabi
Muhammad SAW, penguasaan ekonomi oleh orang Yahudi dan suasana di Madinah kurang aman.
R
Antara kesan/ kepentingan peristiwa hijrah adalah dakwah Islamiyah secara aman dan terbuka, suku Aus
dan Khazraj didamaikan, persaudaraan antara Ansar dan Muhajirin, pengenalan kalendar hijrah,
A perubahan nama Yathrib kepada Madinah dan pengharaman amalan riba.
Hijrah menjadi asas kepada pembentukan negara Islam Madinah iaitu kota Madinah aman dan damai,
kebebasan beragama, konsep ummah untuk seluruh penduduk Madinah, penggubalan Piagam Madinah
H dan Islam mudah diterima.

