Page 32 - AKRONIM SEJARAH SPM TINGKATAN 4 DAN 5
P. 32
Maksud, syarat dan tugas seorang khalifah.
Khalifah dalam perkataan Arab bermaksud pengganti yakni gelaran yang diberikan kepada pemerintah
K negara Islam selepas kewafatan Nabi Muhammad SAW.
Harmoni, jaga kestabilan dan memelihara kemurnian agama Islam merupakan antara tanggungjawab
H
seorang khalifah.
Al Quran dan as Sunnah digunakan oleh khalifah untuk memelihara kedudukan dan kesucian agama Islam
A dan mentadbir negara mengikut hukum syariah.
Lelaki yang merdeka, beragama Islam, mematuhi perintah Allah, bersifat adil, akhlak mulia dan berfikiran
L cerdas antara syarat menjadi seorang khalifah.
I Islam ditadbir berpandukan al Quran dan Sunnah, memelihara kedudukan negara Islam, menjaga kebajikan
rakyat, melicinkan pentadbiran negara dan kekalkan perpaduan ummah antara tugas seorang khalifah.
Faham agama, berwibawa, bertoleransi, bermusyawarah, berpandangan jauh dan berfikiran kritis, kreatif
F
dan inovatif antara ciri kepimpinan khalifah Islam yang wajar dicontohi.
A Abu Bakar al-Siddiq dilantik secara musyawarah, Umar al-Khattab cadangan satu nama, Uthman bin Affan
cadangan lebih seorang calon dan Ali bin Abu Talib pencalonan oleh sekelompok masyarakat.
H Hubungan diplomatik, kesejahteraan rakyat, keharmonian negara, keamanan negara, keselamatan rakyat
dan kestabilan politik merupakan antara kelebihan diperolehi pempimpin negara mengamalkan kepimpinan
Khulafa al Rasyidin.

