Page 3 - BUKU PENGURUSAN SK PUSAT JERTEH 2021
P. 3

[BUKU PENGURUSAN SEPUTEH] 2021

      SEJARAH PERKEMBANGAN SEKOLAH

Sejarah sekolah ini bermula pada pertengahan tahun 1938, iaitu pada 18 Julai 1938. Pada awal penubuhan, ianya
dikenali sebagai Sekolah Pusat Jerteh. Ianya ditubuhkan oleh penduduk sekitar Jerteh dan merupakan Sekolah
Melayu pertama di Pekan Jerteh. Pada masa itu, seramai 40 orang murid telah melapor diri pada hari pertama
persekolahan yang hanya dikendalikan oleh tenaga pengajar, iaitu Encik Abdullah bin Ali.
Tujuan asal penubuhan sekolah ini ialah atas keprihatinan Penghulu Mukim tentang kepentingan pendidikan.
Lokasi bangunan yang ada pada hari ini adalah lokasi asal sekolah ditubuhkan. Walau bagaimanapun, bangunan
asal telah dirobohkan dan digantikan dengan bangunan baharu secara berperingkat di atas tanah seluas 11.273
ekar.

Dengan motto “BERSATU, BERUSAHA, BERJASA”, SKPJ telah berjaya melahirkan tokoh-tokoh bukan
sahaja di daerah Besut, malah pada peringkat kepimpinan negara.
Antaranya ialah;

1. YB. Dato’ Hj. Zakaria b. Hj. Abdul Rahman
             ➢ Bekas Ahli Dewan Rakyat
             ➢ Bekas Timbalan Menteri Buruh
             ➢ Bekas Timbalan Menteri Pertanian

2. YB. Hassan b. Said
             ➢ Bekas ADUN Jabi, Setiu

3. YB. Dato’ Hj. Tengku Mahmud b. Mansor
             ➢ Bekas ADUN Permaisuri Setiu

4. YB. Tn.Hj. Abdul Majid b. Ahmad
             ➢ Bekas ADUN Jerteh

5. Daud b. Abu Bakar
             ➢ Bekas ADUN Hulu Besut, Besut

6. YB. Dato’ Husin b. Abdullah
             ➢ Bekas ADUN Hulu Besut, Besut
             ➢ Bekas Speaker Dewan Undangan Negeri Terengganu

7. YB. En. Husin b. Hj. Sulaiman
             ➢ Bekas Ahli Dewan Rakyat

8. YB. En. Lokman b. Abdul Kadir
             ➢ Bekas ADUN Nerus

9. YB. Tn. Hj. Muhammad b.Ismail
             ➢ Bekas ADUN Kuala Besut

10. YB. En. Husin b. Othman
             ➢ Bekas ADUN Bukit Kenak

11. Dato’ Seri Hj. Idris b. Jusoh
             ➢ ADUN Jertah
             ➢ Menteri Besar Terengganu (2004-2008)
             ➢ Menteri Pengajian Tinggi (2013)
             ➢

12. Nurshahrul Idlan b. Talaha - Pemain Bola Sepak Kebangsaan

13. YAB Dato’ Seri Dr. Ahmad Samuri b. Mokhtar
             ➢ Menteri Besar Terengganu

                                                                                                  SK PUSAT JERTEH Page | 3
   1   2   3   4   5   6   7   8