Page 5 - BUKU PENGURUSAN SK PUSAT JERTEH 2021
P. 5
[BUKU PENGURUSAN SEPUTEH] 2021
SEKAPUR SIREH GURU BESAR
Assalamualaikum w.b.t.
Salam Sejahtera,
Salam SePuteh:SEDERAP SEHASRAT SEIKHLAS
Segala pujian dipanjatkan ke hadrat Ilahi kerana atas rahmat-Nya kita dapat bersua dan meneruskan
lagi perjuangan untuk tahun 2021 di SePuteh ini. Bersyukur kita ke hadrat ALLAh S.W.T. kerana masih
diberi kesempatan untuk bertemu kembali pada tahun 2021 bagi meneruskan wadah perjuangan dalam
bidang pendidikan. Di kesempatan ini saya mengucapkan “SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU
2021”. Semoga kehadiran tahun baru ini dapat memupuk semangat serta iltizam dengan satu tekad
dan hasrat yang tinggi dalam usaha membangun anak bangsa kita menuju kecemerlangan Negara
Bangsa melalui bidang Keguruan yang amat kita cintai.
Pada kesempatan ini, saya ingin merakamkan jutaan penghargaan kepada semua guru, warga sekolah,
PIBG dan anggota kumpulan pelaksana yang berusaha dengan gigih menyumbang tenaga dan usaha
dalam menjayakan segala program dan perancangan yang telah dilaksanakan tahun lalu, Semoga
segala yang dicurahkan selama ini akan menjadi pemangkin kejayaan SEPUTEH pada masa depan.
Insya-Allah, dengan kerjasama yang erat, kita akan bersama-sama melaksanakan tanggungjawab dan
amanah ini dalam memastikan pencapaian yang terbaik untuk SEPUTEH kali ini.
Saya berseru kepada semua guru, PIBG dan sesiapa sahaja untuk menggembleng tenaga demi
memastikan kejayaan untuk murid-murid SEPUTEH bagi tahun 2021 ini.
Perancangan yang teliti dan relevan akan menjana kejayaan dan kecemerlangan sesebuah sekolah.
Matlamat dan objektif akan dapat dicapai hasil daripada perancangan yang bijak dan teratur. Kerjasama
dan komitmen dari semua warga sekolah dan komuniti setempat dapat merealisasikan sesebuah
impian menjadi kenyataan.
Bermula dengan muafakat, usaha yang tekun dan sikap taat setia akan membuahkan hasil yang cukup
berkualiti tinggi. Semoga dengan terhasilnya dokumen ini, ianya boleh menjadi pemangkin bagi
menjana ibu bapa prihatin, guru cemerlang, murid gemilang dan sekolah terbilang dan berfikiran aras
tinggi selaras dengan Visi, Misi, Moto, Objektif dan Piagam Pelanggan Sekolah ini khususnya dan
Kementerian Pendidikan Malaysia amnya.
Semoga BUKU PENGURUSAN 2021 ini akan menjadi panduan kepada kita dalam melaksanakan
tugasan sepanjang tahun ini.
Akhir kata, jadikanlah setiap apa yang kita lakukan sebagai amal ibadat. Semoga Hari ini lebih baik dari
semalam.
“SELAMAT BERTUGAS”.
Salam SePuteh:SEDERAP SEHASRAT SEIKHLAS
IZLAN B IBRAHIM
GURU BESAR
SK PUSAT JERTEH Page | 5

