Page 14 - Buku Garis Panduan Pengurusan Prasekolah
P. 14

2



                                            GARIS PANDUAN
                                            PENGURUSAN PRASEKOLAH


                              mengurangkan masalah tingkah laku yang sering dikaitkan dengan kanak-
                             kanak berkeperluan khas.
                         iii. Meningkatkan perkembangan fizikal, bahasa, dan memahirkan pertuturan,
                             psikologi dan kemahiran urus diri.
                         iv. Mewujudkan sifat ingin tahu, berinisiatif dan berdisiplin.
                         v. Mengamalkan  nilai-nilai  Islam  dalam  kehidupan  seharian  untuk  murid
                               beragama Islam.
                         vi. Menyediakan diri dengan kemahiran asas yang diperlukan untuk memberikan
                               pengalaman persekolahan yang akan dilalui.


             2. LATAR BELAKANG
                 2.1 Penubuhan
                     Kementerian  Pendidikan  Malaysia  (KPM)  mula  terlibat  secara  langsung  dalam
                      pelaksanaan  pendidikan prasekolah setelah mendapat kelulusan Mesyuarat Jemaah
                     Menteri pada 18  Disember 1991 untuk melaksanakan program prasekolah yang
                     telah dirancang dan dimulakan bagi tahun 1991/1992.

                     Mesyuarat antara kementerian yang dipengerusikan oleh Timbalan Perdana Menteri
                     Malaysia pada 27 Januari 1992 bersetuju supaya KPM meneruskan pelaksanaan
                     Projek Pendidikan Prasekolah yang melibatkan 1070 buah sekolah dengan 1131
                     buah  kelas.  Program  ini   dilancarkan  pada  tahun  1992  yang  dikenali  sebagai
                     prasekolah annex.


                     Mesyuarat Jemaah Menteri pada 6 Jun 2001 telah bersetuju:

                     “ ... meluluskan keputusan-keputusan Jawatankuasa Kabinet Mengenai Pendidikan
                     berhubung  cadangan  Kementerian  Pelajaran  untuk  melaksanakan,  peluasan
                      program  prasekolah  dan  mewajibkan  pelaksanaan  Kurikulum  Kebangsaan  di
                       peringkat prasekolah”.


                     Program Prasekolah di bawah KPM diperluaskan mulai tahun 2002. Dalam konteks
                     KPM, kelas prasekolah telah diperluaskan ke sekolah rendah di seluruh negara
                      secara berperingkat-peringkat dan KPM bertindak sebagai Pengerusi Penyelaras
                     Jawatankuasa Teknikal Prasekolah Agensi Kerajaan bagi Latihan Guru dan Teknologi
                     Maklumat (IT) prasekolah. Selain itu, pendidikan prasekolah turut ditawarkan oleh
                     Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS), Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi
                     Nasional (JPNIN) dan pihak swasta.


                     Bagi Prasekolah Pendidikan Khas, KPM melalui Bahagian Pendidikan Khas (BPKhas)
                     secara rasminya memulakan Program Pendidikan Prasekolah pada tahun 2003
                       dengan pembukaan tiga buah kelas inklusif, iaitu di Kedah, Pahang dan Selangor.
                     Program ini kemudiannya  diperluaskan sejajar dengan keperluan semasa.


                     Akta Pendidikan 1996 (Akta 550), memperuntukkan Pendidikan Prasekolah dalam
                     Sistem   Pendidikan  Kebangsaan.  Melalui  Dasar  Pendidikan  Prasekolah,  KPM
                       bertanggungjawab untuk memberikan pendidikan prasekolah kepada kanak-kanak
                     yang berumur empat hingga enam tahun.
   9   10   11   12   13   14   15   16   17   18   19