Page 1 - PERATURAN PERTANDINGAN SUKAN BOLA JARING
P. 1

Karnival Sukan SUK Negeri Pantai Timur 2019
                                                                                               Kuantan Pahang
                                                                                            29 Nov – 01 Dis 2019



                                              PERATURAN PERTANDINGAN
                                                SUKAN BOLA JARING

               1.      AM

                       1.1    Selain  daripada  peraturan-peraturan  yang  terkandung  di  dalam
                              Peraturan Am, pertandingan ini akan dijalankan mengikut Undang-
                              undang  Persekutuan  Bola  Jaring  Antarabangsa  (INF)  dan
                              Persatuan Bola Jaring Malaysia (PBJM).

                       1.2    Sekiranya  timbul  sebarang  perselisihan  dari  segi  pentafsirannya,
                              maka undang-undang dalam Bahasa Inggeris akan dipatuhi.

                       1.3    Kejadian di luar dugaan dan tidak dinyatakan di dalam peraturan
                              berkenaan akan diputuskan seperti berikut :

                              1.3.1  Sebarang  kejadian  akan  diputuskan  berasaskan  kepada
                                     Ketetapan dan Peraturan Am Karnival Sukan SUK Negeri Pantai
                                     Timur 2019.

                              1.3.2  Sebarang  perselisihan  teknikal  akan  diputuskan  oleh
                                     Jawatankuasa Teknikal dan Pertandingan Bola Jaring Karnival
                                     Sukan  SUK  Negeri  Pantai  Timur  2019  berasaskan  kepada
                                     Undang-undang Persekutuan Bola Jaring Antarabangsa
                                     dan Persatuan Bola Jaring Malaysia (PBJM)

                       1.4    Semua  keputusan  yang  dibuat  oleh  Jawatankuasa  Teknikal  dan
                              Pertandingan  Bola  Jaring  Karnival  Sukan  SUK  Negeri  Pantai  Timur
                              2019 adalah MUKTAMAD.


               2.      TARIKH PERTANDINGAN


                            29 Nov – 01 Dis 2019


               3.      TEMPAT PERTANDINGAN


                            Komplek Sukan IIUM






                Dikemaskini : 29 Oktober 2019                             1
   1   2   3   4   5   6