Page 6 - PERATURAN PERTANDINGAN SUKAN BOLA JARING
P. 6
Karnival Sukan SUK Negeri Pantai Timur 2019
Kuantan Pahang
29 Nov – 01 Dis 2019
15. PENGADILAN
15.1 Pihak Jawatankuasa Pengelola akan menyediakan Pengadil-
pengadil di sepanjang kejohanan ini.
15.2 Keputusan Pengadil setiap perlawanan adalah muktamad.
16. BANTAHAN
16.1 Sebarang bantahan hanya boleh di buat oleh Pengurus Pasukan
sahaja dan hendaklah di buat secara lisan kepada Pengadil yang
bertugas ketika itu. Kemudian bantahan tersebut hendaklah di
kemukakan secara bertulis kepada Pengerusi Jawatankuasa Teknikal
Pertandingan Bola Jaring tidak lewat 30 minit selepas tamat
perlawanan berkenaan.
16.2 Surat Bantahan hendaklah ditandatangani oleh Pengurus Pasukan
dengan disertakan bersama wang pemprosesan RM300.00 (Tiga
Ratus Sahaja) .Wang tersebut tidak akan dikembalikan samada
bantahan tersebut berjaya atau ditolak oleh Jawatankuasa.
16.3 Sebarang bantahan berkaitan kelayakan pemain hanya boleh di buat
semasa mesyuarat Pengurus Pasukan. Bantahan yang dibuat selepas
itu akan ditolak. Keputusan Jawatankuasa Bantahan dan Rayuan
adalah muktamad.
17. JAWATANKUASA BANTAHAN
Ahli-ahli Jawatankuasa Bantahan adalah sebagaimana berikut :-
Pengerusi : Pengerusi Jawatankuasa Bola Jaring
Setiausaha : Koordinator Jawatankuasa Pertandingan
Bola Jaring
Ahli : Wakil Jawatankuasa Pengelola
Pegawai Teknikal Bola Jaring
Refri/Pengadil Kehormat
Sebarang keputusan adalah Muktamad
Dikemaskini : 29 Oktober 2019 6

