Page 177 - KOMPILASI PBL (PROJECT-BASED LEARNING) VERSI PKP PPD TAWAU
P. 177
Soalan Kandungan 1. Apakah definisi berpuasa dan bagaimana cara
melaksanakannya?
2. Apakah amalan yang digalakkan ketika di bulan
Ramadhan selain berpuasa?
3. Apakah perayaan disambut selepas berakhirnya
ibadah puasa di bulan Ramadhan?
Proses Pembelajaran
Fasa Perancangan Guru membimbing murid dan ibu bapa untuk
memahami objektif pembelajaran.
Murid mengumpulkan maklumat melalui pelbagai
sumber ( buku teks, majalah, internet , bukuilmiah)
Murid menentukan projek yang akan dihasilkan.
Murid menyediakan bahan sebelum melaksanakan
projek.
Fasa Pelaksanaan Murid mencari jawapan kepada persoalan kurikulum
melalui internet, buku teks, temu bual dengan ibu-
bapa dan lain-lain.
Murid memulakan projek dengan menggunakan
bahan yang telah disediakan dengan bantuan ibu
bapa dan adik beradik.
Fasa Penilaian Murid menghasilkan projek video
Murid memastikan projek video dapat menjawab
soalan kandungan kurikulum.
Guru memberi maklum balas kepada hasil murid
untuk ditambah baik.
Kaedah Pentaksiran Pentaksiran kendiri, semakan bahan dan soal jawab
Instrumen Pentaksiran yang Senarai semak murid
digunakan Lembaran pentaksiran kendiri
Produk video
Bahan sumber yang Buku teks, rujukan internet
digunakan
Artifak/Produk yang Video
dihasilkan
Pembentangan Hasil Murid membentang melalui video rakaman yang
Pembelajaran dihasilkan dan dihantar kepada guru.
177

