Page 178 - KOMPILASI PBL (PROJECT-BASED LEARNING) VERSI PKP PPD TAWAU
P. 178

BAHAGIAN B: PELAKSANAAN

                                        Gambar / Penerangan Aktiviti
           Fasa Perancangan                   Sebelum memulakan projek ini, murid mempelajari
                                               pelbagai ilmu pengetahuan mengenai ibadah puasa
                                               selama beberapa minggu.
                                              Langkah ini adalah sebagai pendedahan untuk
                                               memudahkan murid menyiapkan projek video
                                               ibadah puasa dengan mudah.
                                              Guru memberikan beberapa contoh mengenai
                                               pembuatan video yang bakal dijalankan oleh murid
                                               bersama ibu bapa di rumah.


           Fasa Pelaksanaan                   Murid menyiapkan tugasan dengan bimbingan ibu
                                               bapa selama dua minggu.
                                              Murid membuat beberapa slot video untuk
                                               memudahkan sesi pemilihan gambar untuk
                                               dimasukkan ke dalam video.
                                              Murid dibimbing oleh ibu bapa dalam penyediaan
                                               bahan-bahan sebelum penghasilan video.


           Fasa Penilaian                     Ibu bapa dikehendaki menghantar gambarprojek
                                               yang hendak dijadikan video.
                                              Ibu bapa perlu mengambil gambar anak semasa
                                               pelaksanaan aktiviti untuk dijadikan eviden dalam
                                               proses pentaksiran.
                                              Penilaian tahap penguasaan murid adalah
                                               berdasarkan standard prestasi dan hasilprojek
                                               akan diberi markah berdasarkan rubrik
                                               permarkahan yang telah ditentukan.
                                              Murid akan menceritakan tentang projekyang
                                               dihasilkan melalui rakaman video.
                                              Hasil kerja murid disimpan di saluran media youtube
                                               untuk memudahkan carian pada bila-bila masa dan
                                               sebagai penghargaan hasil usaha murid tersebut.
                                              Guru membuat laporan mengenai pelaksanaan
                                               projek video murid dan menghantar laporan tersebut
                                               ke PPD.


           Fasa Artifak/Produk Yang       Video diari Ramadhan
           Dihasilkan




                                                                                                 178
   173   174   175   176   177   178   179   180   181   182   183