Page 51 - BUKU PENGURUSAN SK TAMAN DATO HARUN (SATU) 2022_2023_COMPLETE
P. 51

DSKP dan RPT tidak boleh dikemukakan sebagai Rancangan Pengajaran Harian,
                 7.4          DSKP dan RPT hendaklah diolah semula bersesuaian dengan takwim semasa
                              sekolah dan tahap kebolehan murid untuk dijadikan sebagai Rancangan Pengajaran
                              Harian.
                 7.5          Rancangan Pengajaran Tahunan hendaklah disahkan oleh Guru Besar.

                              Isi kandungan Rancangan Pengajaran Harian mengandungi perkara berikut:
                               i.  Tajuk
                               ii.  Tema
                               iii.  Standard Kandungan
                 7.6           iv.  Standard Pembelajaran
                               v.  Hasil Pembelajaran / Objektif
                               vi.  Aktiviti
                               vii. EMK
                               viii. Sistem Bahasa(untuk Bahasa Melayu)
                               ix.  Refleksi/Impak

                              Buku Persediaan Mengajar dihantar setiap hari Jumaat pada setiap minggu.
                 7.7          Semua guru mesti membawa buku rekod persediaan mengajar, DSKP, DSK dan
                              Modul
                              Perekodan Pelaporan Offline setiap kali masuk ke dalam kelas.
                              Rancangan Pengajaran Harian hendaklah disediakan walaupun guru menghadiri
                 7.8          kursus. RPH yang disediakan akan dijalankan oleh guru yang diarahkan mengganti
                              pada masa mata pelajaran tesebut.
                                                   8.0 JADUAL WAKTU

                              Jumlah waktu setiap mata pelajaran mengikut ketetapan Akta Pendidikan yang
                 8.1          berkuatkuasa semasa.

                              Tambahan waktu setiap mata pelajaran dibolehkan mengikut keperluan sekolah
                 8.2          dengan persetujuan mesyuarat kurikulum dan dilaksanakan diluar jadual waktu rasmi.
                              Dasar pengagihan mata pelajaran adalah berpusat dan keutamaan kepada guru
                              opsyen dan kepakaran guru.

                 8.3          Jumlah waktu pengajaran maksimum guru ialah 30 waktu seminggu tidak termasuk
                              perhimpunan dan bergantung kepada pengisian waran layak bagi tahun semasa.

                                  9.0 GURU GANTI, BERKURSUS, TUGAS LUAR DAN CRK


                              Mana-mana guru yang mengambil CRK / berkursus atau menghadiri tugas rasmi
                 9.1          perlu merekod dan memaklumkan kepada Guru Besar, Penolong Kanan atau
                              Pembantu Tadbir yang menguruskan e-Kehadiran Guru (MMI) serta mencatat di
                              dalam Kad Kehadiran atau Buku Pergerakan Guru.

                              Guru yang dipanggil berkursus dengan surat panggilan awal digalakkan menjual
                 9.2          waktu kepada guru-guru lain dengan mambuat tawaran dan memaklumkan kepada
                              Guru Penyelaras Jadual Waktu.
                 9.3          Menyediakan bahan untuk pengajaran guru ganti.

                 9.4          Menggantikan pelajaran yang tertinggal pada masa lain.

                              Penyediaan guru ganti disediakan dan direkodkan oleh Penolong Kanan Pentadbiran,
                 9.5          Penolong Kanan Petang atau Penyelaras Jadual Waktu dan slip akan dikeluarkan.
                 9.6          Slip guru ganti hendaklah dilekatkan di dalam Buku Persediaan Mengajar.

                              Guru yang diarahkan untuk menggantikan kelas diwajibkan mematuhi arahan dengan
                 9.7          berada di dalam kelas berkenaan mengikut penetapan masa yang tercatat di dalam
                              slip.
   46   47   48   49   50   51   52   53   54   55   56