Page 52 - BUKU PENGURUSAN SK TAMAN DATO HARUN (SATU) 2022_2023_COMPLETE
P. 52

10.0 WAKTU PERSEKOLAHAN
                              Sekolah beroperasi dalam mod satu sesi dengan waktu persekolahan seperti
                              berikut:

                              Sesi Pagi:
                              Isnin, Selasa dan Khamis  : 7.30 pagi ± 12.50 tengah hari
                10.1          Rabu dan  Jumaat              : 7.30 pagi ± 12.20 tengah hari

                              Sesi Petang:
                              Isnin ± Khamis                   : 1.00 petang ± 5.50 petang
                              Jumaat                               : 2.00 petang ± 5.50 petang

                                11.0 ANGGARAN PERBELANJAAN TAHUNAN PANITIA

                              Dasar perbelanjaan dan perolehan akan ditentukan semasa Mesyuarat kewangan
                11.1          Sekolah.
                              Setiap panitia dikehendaki menyediakan anggaran perbelanjaan dengan mengisi
                11.2          Lampiran
                              SPSK PK 17/1 (Borang Anggaran Belanja Mengurus) bagi mengemukakan cadangan
                              pembelian buku dan bahan bantu mengajar kepada Penolong Kanan Pentadbiran.

                11.3          Dasar perolehan, penggunaan,penyelenggaraan dan verifikasi tahunan mesti
                              mengikut  Arahan Perbendaharaan (AP) yang sedang berkuat kuasa.

                11.4          10% peruntukan untuk tahun berkenaan perlu direzab untuk perbelanjaan awal tahun
                              bagi tahun berikutnya.
                              Bajet hendaklah berdasarkan peruntukan wang kerajaan dan wang SUWA yang
                11.5          diturunkan.

                                      12.0 PROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK
                              Semua program utama yang berlangsung dalam pengajaran dan pembelajaran dibuat
                12.1          berdasarkan keperluan panitia.


                12.2          Dasar Kurikulum menyokong penuh semua program peningkatan akademik yang
                              bertunjang kearah kecemerlangan murid.
                              Jawatankuasa Kecemerlangan Akademik adalah nadi membantu semua panitia
                12.3
                              dalam merancang dan melaksanakan program akademik.

                12.4          Penglibatan semua penolong kanan dan kaunselor adalah wajib bagi penyelarasan
                              Program Akademik.

                                               13.0 PERKEMBANGAN STAFF

         Semua guru yang menghadiri kursus mesti memberikan taklimat ringkas kepada Guru Besar dan
         Penolong Kanan Pentadbiran apabila pulang berkursus menggunakan format Minit Curai. Kursus dalaman
         akan dianjurkan oleh guru berkenaan mengikut keperluan dan budi bicara Guru Besar dan Penolong
         Kanan apabila dirasakan perlu atau atas arahan penganjur kursus. Bahan edaran kursus adalah aset
         sekolah, guru menyimpan salinan untuk keperluan sendiri dan guru lain.

                                                 14.0 KAJIAN TINDAKAN

         Semua panitia pelajaran disarankan membuat satu kajian tindakan setiap tahun bagi membudayakan
         profesionalisme keguruan dan untuk meningkatkan kualiti pengajaran dan mengatasi maslah
         pembelajaran murid. Kajian tindakan yang berkualiti akan dihantar ke jabatan untuk penyertaan
         sekolah dan sebagai inovasi guru.
   47   48   49   50   51   52   53   54   55   56   57