Page 15 - Panduan Guru dan Murid Penggunaan Buku Teks BM T4 1SVM
P. 15

Aspek Tatabahasa
                               Modul 3 : Kata Ganda


                               Standard Kandungan:
                               5.1 Memahami dan menggunak bentuk kata yang sesuai dalam pelbagai bidang



                               Standard Pembelajaran:
                               5.1.3 Mengenal pasti dan menggunakan bentuk kata ganda dengan betul mengikut
                               konteks.



               Buku Teks      : Halaman 164 - 165
               Tema 12        : Asli dan Kontemporari
               Tajuk          : Jari-jemari Ajaib
               Aktiviti       : Kenal pasti golongan kata ganda yang terdapat dalam petikan
               Jawapan        : Tiada latihan khusus untuk kata ganda dalam buku teks ini. Baca petikan ’Jari-jemari
                                Ajaib’ dengan teliti, kemudian cuba kenal pasti kata ganda dalam petikan tersebut.

               ------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

                        Nota
                         Tatabahasa


               Kata Ganda
               •  Kata ganda ialah ialah perkataan yang terbentuk melalui proses pengulangan atau penggandaan kata
                  dasar.
               •  Proses pengulangan ini berlaku pada seluruh perkataan ataupun pada bahagian-bahagian tertentu dalam
                  perkataan tersebut.
               •  Terdapat  empat  jenis  kata  gandaan  iaitu  gandaan  seluruh  kata,  gandaan  separa  /  separuh,  gandaan
                  berentak dan gandaan menyaling.


                                                      Jenis Penggandaan



                            Penggandaan        Penggandaan        Penggandaan        Penggandaan
                            Seluruh Kata          Separa            Berentak          Menyaling


                  a.   Gandaan Seluruh Kata
                       •  Kata ganda seluruh ialah kata dasar yang digandakan seluruhnya.
                       •  Kata ganda seluruh mesti diberi tanda sempang ( - ).
                       •  Kata ganda seluruh terdiri daripada kata nama, kata adjektif, kata kerja, dan kata keterangan.


                                                                                           15 | azanablatif@gmail.com
   10   11   12   13   14   15   16   17   18   19   20