Page 19 - Panduan Guru dan Murid Penggunaan Buku Teks BM T4 1SVM
P. 19

Aspek Tatabahasa
                               Modul 4 : Kata Akronim


                               Standard Kandungan:
                               5.1   Memahami  dan  menggunakan  bentuk  kata  yang  sesuai  dalam  pelbagai

                                    bidang.

                               Standard Pembelajaran:
                               5.1.3  Mengenal pasti dan menggunakan akronim dengan betul mengikut konteks.



               Buku Teks      : Halaman 36 - 37
               Tema 3         : Harapan Setinggi Gunung
               Tajuk          : Membawa Dunia ke Bilik Darjah
               Aktiviti (2)   : Kenal pasti dan bina ayat menggunakan akronim yang terdapat dalam petikan.
               Jawapan        : Halaman 235
               ---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


                        Nota
                        Tatabahasa

               Kata Akronim
               •  Kata  akronim  ialah  perkataan  yang  terbentuk  dengan  menggabungkan  huruf  awal  suku  kata  atau
                  dengan menggabungkan huruf awal dan suku kata daripada rangkaian kata sehingga terbentuk perkataan
                  baharu yang ditulis dan dilafazkan sebagai  perkataan yang utuh.
               •  Kata akronim tergolong sebagai kata tunggal.

               a.  Kata akronim yang terbentuk melalui gabungan huruf awal perkataan dalam rangkai kata. Kata akronim
                  jenis ini lazimnya merupakan kata nama khas dan ditulis dengan huruf besar keseluruhannya.

                  Contoh:
                  ABIM          - Angkatan Belia Islam Malaysia      JAS  - Jabatan Alam Sekitar
                  ADUN          - Ahli Dewan Undangan Negeri         IKIM  - Institut Kefahaman Islam Malaysia

               b.  Kata  akronim  yang  terbentuk  melalui  gabungan  suku  kata  awal  sejumlah  perkataan.  Jikalau  kata
                  akronim yang terbentuk itu kata nama khas, ejaannya bermula dengan huruf besar.

                  Contoh:
                  Bernama     - Berita Nasional Malaysia
                  Perkeso     - Pertubuhan Keselamatan Sosial
                  tadika      - taman didikan kanak-kanak
                  pawagam     - panggung wayang gambar
                  kugiran     - kumpulan gitar rancak
                  cerpen      - cerita pendek


                                                                                           19 | azanablatif@gmail.com
   14   15   16   17   18   19   20   21   22   23   24