Page 33 - Panduan Guru dan Murid Penggunaan Buku Teks BM T4 1SVM
P. 33

b.  Kata Kerja Tak Transitif
                       •  Kata kerja tak transitif  ialah segala perbuatan yang dilakukan oleh pembuat itu sendiri kepada
                         diri  pembuat  itu  sendiri,  tidak  kepada  benda  atau  orang  lain.  Oleh  itu    kata  kerja  ini  tidak
                         mempunyai penyambut.
                       •  Kata kerja tak transitif dapat berdiri sendiri dalam ayat, yakni tidak memerlukan objek lagi.

                               Subjek ( Pembuat )      Kata Kerja Tak Transitif       Keterangan
                            Kami                      mandi                      di tasik itu.
                            Pelajar itu               pulang                     ke rumah.
                            Dia                       senyum                     semasa berjalan.
                            Saya                      menyanyi                   dengan kuat.
                            Hassan                    berjalan                   ke sekolah


                   c.  Kata Kerja Pasif
                       •  Kata kerja pasif ialah kata kerja yang berasal daripada kata kerja transitif tetapi yang tidak
                         berawalan meN-.
                         Contohnya: angkat, atasi, berikan, percepat, pelajari, persilakan, dan sebagainya.
                       •  Ada tiga jenis kata kerja pasif, iaitu kata kerja pasif diri pertama, kata kerja pasif diri kedua, kata
                         kerja pasif diri ketiga
                       •  Contoh  kata  kerja  pasif  diri  pertama:  kuangkat,  beta  atasi,    kami  berikan,  kupercepat, saya
                         pelajari, dan kupersilakan.
                       •  Contoh  kata  kerja  pasif  diri  kedua:  kauangkat,  awak  atasi,  awak  berikan,  kaupercepat,
                         kaupelajari, dan kaupersilakan.
                       •  Contoh  kata  kerja  pasif  diri  ketiga:  diangkat,  diatasi,  diberikan,  dipercepat,  dipelajari,  dan
                         dipersilakan

























                                                                                           33 | azanablatif@gmail.com
   28   29   30   31   32   33   34   35   36   37   38