Page 32 - Panduan Guru dan Murid Penggunaan Buku Teks BM T4 1SVM
P. 32

Aspek Tatabahasa
                               Modul 7 : Kata Kerja


                               Standard Kandungan:
                               5.2 Memahami dan menggunakan golongan kata yang sesuai dalam pelbagai bidang



                               Standard Pembelajaran:
                               5.2.2  Mengenal pasti dan menggunakan golongan kata kerja dengan betul mengikut
                                    konteks.


               Buku Teks      : Halaman 60 - 61
               Tema 5         : Memacu Produktiviti
               Tajuk          : Khazanah Hutan Bakau
               Aktiviti (2)   : Kategorikan kata kerja tak transitif yang terdapat dalam teks. Kemudian, bina perenggan
                                dengan kata kerja tak transitif tersebut.
               Jawapan        : Halaman 236

               ------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

                        Nota
                         Tatabahasa

               Kata Kerja
               •  Kata kerja ialah kata yang menyatakan makna perbuatan atau perlakuan.
               •  Kata kerja terbahagi kepada Kata Kerja Transitif  dan Kata Kerja Tak Transitif.

                   a. Kata Kerja Transitif
                      •  Kata Kerja Transitf ialah segala perbuatan yang dilakukan oleh pembuatnya kepada benda lain.
                        Benda yang kena oleh perbuatan itu dipanggil penyambut (objek ).
                      •  Kata  kerja  transitif  mesti  disertai  oleh  objek  atau  penyambutnya,  iaitu  kata  nama  untuk
                        melengkapkan maksudnya.

                      •  Kata kerja ini biasanya mempunyai imbuhan ‘meN-‘ sama ada sebagai awalan atau sebahagian
                        daripada imbuhan: contohnya,  mengambil, mendermakan, membacakan, mempersilakan.

                            Subjek ( Pembuat )      Kata kerja transitif       Penyambut ( Objek )
                            Dia suka                membaca                    buku.
                            Jamilah                 memukul                    seekor ular.
                            Abidin                  menjual                    kuih-muih.
                            Ramli                   menendang                  bola.
                            Kereta itu              melanggar                  seekor lembu.



                                                                                           32 | azanablatif@gmail.com
   27   28   29   30   31   32   33   34   35   36   37