Page 4 - Modul Impresif Pantai Kasih Tingkatan 4 (1SVM)
P. 4
e. Kejutan
Perubahan atau keadaan tingkah laku dan pemikiran watak yang dilakukan oleh pengarang bertentangan
dengan jangkaan pembaca. Pembaca terkejut akan peristiwa yang di luar jangkaan mereka.
f. Monolog
Monolog dalaman - Kata-kata yang diucapkan dalam hati watak, tanpa didengar oleh sesiapa pun. Monolog
luaran - Pengucapan secara senyap oleh watak kepada diri sendiri.
Watak yang bermonolog selalunya berdepan dengan konflik pemikirannya sendiri.
g. Pemerian
Pemerian ialah pengarang menceritakan watak-watak, latar dan aksi watak serta pemikiran mereka secara
langsung. Teknik ini membantu pembaca memahami sesuatu keadaan.
5. WATAK DAN PERWATAKAN
Watak :
Tokoh yang mendukung dan menggerakkan sesebuah cereka. Watak boleh terdiri daripada manusia dan bukan
manusia.
Jenis Watak :
Watak boleh dibahagikan kepada watak utama, watak sampingan, watak hitam, watak putih, watak bulat atau
bundar, watak pipih, watak dinamis dan watak statis.
Perwatakan :
Perwatakan bermaksud teknik seseorang pengarang menggambarkan dan melukiskan sesuatu watak dengan
melihat sifat luaran dan dalaman watak.
Perwatakan luaran merujuk kepada sifat fizikal seperti tinggi, bermisai tebal, cantik dan lain-lain. Perwatakan
dalaman merujuk kepada sikap atau sifat kejiwaan seperti rajin, baik, cinta akan negara, amanah, pemarah,
tegas dan sebagainya.
6. LATAR
Semua keterangan yang berkaitan dengan waktu, ruang, tempat, budaya dan terjadinya aksi dalam karya
cereka.
Latar Tempat
Merujuk kepada tempat dan persekitaran sesuatu peristiwa itu berlaku dalam sesebuah cerita.
Latar Masa
Menerangkan waktu atau masa kejadian itu berlaku dan jangka masa peristiwa itu terjadi serta zamannya.
Latar Masyarakat
Menjelaskan gambaran masyarakat yang terdapat dalam karya. Latar masyarakat yang menyentuh tentang
pekerjaan, agama, kepercayaan, amalan, sikap dan sebagainya
7. GAYA BAHASA
Cara pengarang mengolah cerita menggunakan bahasa yang dikuasainya. Selalunya pengarang menggunakan
pelbagai variasi bahasa untuk menyampaikan perasaan dan pemikirannya.
Gaya Bahasa Perbandingan
(a) Hiperbola – Gambaran sesuatu keadaan secara berlebih-lebihan atau melampau.
Contoh : Sanggup kurenang lautan api. Harapan ayah menggunung tinggi.
(b) Sinis – Mencemuh atau mengejek seseorang.
Contoh : Anak haram kau. Jijik aku melihat telatahnya.
(c) Sarkasme – Gaya bahasa kiasan yang lebih kasar daripada gaya bahasa sinis.
Contoh : Hai anjing, keluar kau dari sini!
(d) Imejan – Memberi gambaran jelas tentang sesuatu.
Contoh : Perempuan cantik. Lelaki tinggi lampai.
4 | a z a n G C B M K V W T - P a n t a i K a s i h 2 0 2 0

