Page 7 - Modul Impresif Pantai Kasih Tingkatan 4 (1SVM)
P. 7

BIODATA PENGARANG


                                       Azmah  binti  Nordin  dilahirkan  di  Kulim,  Kedah  pada  tahun  1958  dan  mendapat
                                       pendidikan awal di  Petaling  Jaya,  Selangor,  tetapi  beliau  menetap di  Sabah  sejak
                                       berusia 15 tahun.

                                       Mula aktif dalam penulisan ketika berusia 27 tahun. Novel pertama beliau 'Si Bidul'
                                       diterbitkan oleh DBP. Sejak itu, beliau telah menulis 50 buah novel.

                                       Azmah menerima pelbagai anugerah penulisan sastera perdana, novel berunsur Islam
                                       dan SEA Write Award. Novel 'Timulak Kapal Perang' terbitan tahun 1988 dan terpilih
                                       sebagai teks komsas menengah rendah. Novel 'Pantai Kasih' ini terbitan tahun 1994.





               SINOPSIS

                      Novel Pantai Kasih mengesahkan Doktor Raiha mengalami konflik setelah mengesan sesuatu yang tidak
               kena apabila dia melihat filem sinar-X terbaharu milik pesakit bernama Unong Siron yang mengalami komplikasi
               berulang  kali  walaupun  sudah  menjalani  pembedahan  tulang  pinggul  sebanyak  enam  kali,  sedangkan  lima
               pembedahan sebelumnya itu dijalankan oleh pakar otopedik yang terkenal, iaitu Doktor Uwang. Pada masa yang
               sama, Doktor Raiha gelisah kerana memikirkan peristiwa hitam yang dialami bersama bekas suaminya, Doktor
               Sadiz. Kenangan pahit itu telah menghantui hidup Doktor Raiha.

                      Doktor Uwang yang juga pemilik Pusat Rawatan Pantai Kasih (PRPK) tegas dengan prinsipnya yang
               hanya mementingkan keuntungan daripada bayaran rawatan di PRPK berbanding kebajikan pesakitnya. Felicia
               pula berasa resah disebabkan peristiwa hitam yang sering kali menghantui perasaannya sehingga mendorongnya
               mengambil ubat batuk untuk menghilangkan keresahannya. Sementara itu, Doktor Uwang berjaya membangunkan
               PRPK tetapi belum mendapat pengiktirafan daripada bapanya sendiri, Datu Ontong. Doktor Raiha pula seolah-olah
               mempertikaikan kewibawaan Doktor Uwang yang sebelum ini merawat Unong Siron.

                      Doktor  Uwang  berasa  tercabar  dan  terpukul  apabila  Doktor  Raiha  mempertikaikan  kewibawaannya
               sebagai  seorang  pakar  bedah.  Felicia  Landosi  melayan  seorang  pesakit  bergelar  datin  dengan  mesra  tetapi
               bersikap  kasar  terhadap  ibu  Unong  Siron.  Doktor  Uwang  dan  Felicia  secara  tidak  langsung  terlibat  dengan
               perancangan Doktor Sadiz sehingga menyebabkan  Rohayu terkorban. Semasa perbicaraan kes antara Doktor
               Raiha dengan Doktor Sadiz, kes tersebut memihak kepada Doktor Sadiz menyebabkan Doktor Raiha berasa amat
               kecewa.

                      Untuk  menghilangkan  keresahannya,  Felicia  Landosi  sering  memasuki  ruang  farmasi  di  PRPK  untuk
               mengambil ubat batuk bagi menenangkan fikirannya, manakala Doktor Uwang mengunjungi kelab malam eksklusif
               bagi menghilangkan keresahannya daripada terdengar suara dan gambaran kanak-kanak mirip wajah anak Doktor
               Raiha yang rentung dan meminta diselamatkan. Bayangan tersebut datang pada bila-bila masa sehingga waktu
               sebelum dia mengalami kemalangan.

                      Ariana Abdullah secara tiba-tiba datang meminta pertolongan Doktor Raiha kerana Felicia Landosi ditahan
               oleh seorang penceroboh yang menyamar sebagai doktor palsu. Doktor Raiha tidak bersetuju dengan cadagan
               agar  pintu  bilik  bedah  dirempuh  oleh  pengawal  keselamatan  kerana  dia  khuatir  akan  nyawa  Felicia  Landosi.
               Keadaan yang mencemaskan itu dapat ditenangkan apabila pemuda tersebut berjaya dipujuk oleh ibu Unong Siron
               dan dibawa ke hospital sakit jiwa.

                      Doktor Uwang mengalami kemalangan kerana kereta yang dipandunya terbabas lalu melanggar tembok
               garaj di Pusat Rawatan Pantai Kasih. Tanpa kerelaannya, Doktor Uwang dibedah menggunakan  peralatan palsu
               dan bermutu rendah yang dibelinya khusus untuk pesakit golongan menengah bawah dan pertengahan.

                      Doktor Raiha dan Doktor Alex Ng melakukan pembedahan terhadap Doktor Uwang yang cedera akibat
               kemalangan.  Akhirnya  Sister  Felicia  Landosi  memohon  maaf  daripada  Doktor  Raiha  atas  penglibatan  dirinya
               menjadi budak suruhan membeli minyak petrol oleh Doktor Sadiz pada malam kematian anak perempuannya itu.
               Meskipun Doktor Raiha kecewa kerana Felicia Landosi tidak bererus terang tentang hal tersebut terlebih awal tetapi
               dia tetap memaafkan Felicia. Doktor Raiha menerima semua takdir itu dengan menyatakan bahawa mereka adalah
               mangsa keadaan.






               7 | a z a n   G C B M K V W T - P a n t a i   K a s i h   2 0 2 0
   2   3   4   5   6   7   8   9   10   11   12