Page 73 - MODUL Impresif Sejadah Rindu Tingkatan 5 ( 2 SVM )
P. 73

SEJADAH RINDU]  Tingkatan 5 / 2 SVM

               SOALAN BERFORMAT SPM

               Soalan 2(b) – Cerpen

               Baca  petikan  cerpen  di  bawah  dengan  teliti,  kemudian  jawab  soalan-soalan  yang  berikutnya  dengan
               menggunakan ayat anda sendiri.

                      Paul Broca, pakar anatomi dan pakar antropologi berbangsa Perancis. Kucintai penemuan tahun 1861
               itu, fungsi otak manusia bergantung pada bahagian yang membina otak itu sendiri.
                      Bronca memeriksa pesakit gagap melalui pendekatan rawatan khusus dan terapi. Perkara yang lebih
               penting, layanan mesra berpaksikan pendekatan humanis melalui teknologi perlakuan dan sahsiah rupa diri. Dia
               hanya dapat mengucapkan satu suku kata, biarpun dia faham penuh akan pertuturan yang dilafazkan. Akhirnya,
               dia fasih berbicara.
                      Keadaan  diriku  lebih  baik,  fikir  Aiman.  Situasi  pertuturanku  tidak  segagap  itu.  Aku  dapat  bertutur,
               biarpun  mulutku  ternganga  lebar  dahulu  sebelum  lahir  diksi  yang  berisi.  Babah  barangkali  tidak  tahu  akan
               penemuan Broca. Babah lebih dekat pada kejuruteraan mekanikal. Ibu juga saintis, tetapi lebih pada bidang
               geologi.
                      Aiman teringat akan bisikan halus yang didengarinya ketika dia dalam keterasingan di planet bulan
               melalui pentas halusinasinya. Suara ghaib itu mengajaknya agar lebih mendekatkan diri kepada llahi. Jangan
               kaubinasakan habitat semula  jadi di planet bumi. Salahnya barangkali, dia menganggap pucuk kelapa muda
               sebagai  kapal  Soyuz,  yang  menghantuinya  sekian  lama.  Aiman  tidak  perlu  akan  latihan  yang  intensif  dan
               istimewa itu, babah; tidak perlu akan latihan terapi itu, ibu. Aiman akan mengusahakannya sendiri.

                                                                            Dipetik daripada cerpen “Hipertensi”
                                                                     oleh Illias Zaidi dalam antologi Sejadah Rindu,
                                                                              Kementerian Pendidikan Malaysia.

               (i)   Mengapakah Aiman merasakan dirinya lebih baik berbanding dengan Paul Broca?        [ 2 markah ]

                    --------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

               (ii)  Berdasarkan  pengetahuan  anda,  bagaimanakah  seseorang  yang  menghadapi  masalah  gagap  dapat
                    mengatasi masalah tersebut?

                     Nyatakan tiga kaedah tersebut                                                         [3  markah ]

                    --------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
                    --------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
                    --------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
                    --------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

               (iii)  Huraikan  satu  perwatakan  Aiman  yang  terdapat  dalam  petikan  di  atas  dan  satu  perwatakan  Aiman
                    daripada cerpen tersebut yang tidak  terdapat dalam petikan.                                                      [ 4 markah ]

                    --------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
                    --------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
                    --------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
                    --------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
                    --------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

                                                                               azan ab latif GCBM KVWT   73
   68   69   70   71   72   73   74   75   76   77   78